Sejak semalam, beberapa kawasan di lembah Klang dinaiki air termasuklah kawasan Kampung Bangi Tambahan, Bangi Lama.
Menerusi perkongsian BERNAMA TV, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkongsi rakaman keadaan semasa situasi banjir di kawasan berkenaan.
Pada awal rakaman ini, para anggota dilihat sedang meredah air banjir yang memiliki kedalaman sehingga paras dada, dengan memakai jaket keselamatan.
https://www.facebook.com/watch/?v=687086216068332
Bukan itu sahaja, ia juga menunjukkan keadaan beberapa rumah kediaman telah ditenggelami air sehingga melebihi paras separuh pintu.
Pada masa yang sama, terdapat beberapa lokasi lain di Selangor yang turut dinaiki air berikutan hujan lebat pada malam tadi. Antara kawasan yang terjejas adalah Bukit Lanchong dan Taman Sri Muda, Shah Alam; Bukit Sentosa, Kota Raja dan Taman Sri Andalas, Klang.
Beberapa tempat di Selangor mula dinaiki air ekoran hujan lebat malam tadi.
Antaranya di Bukit Lanchong dan Taman Sri Muda, Shah Alam ; Bukit Sentosa, Kota Raja dan Taman Sri Andalas, Klang. pic.twitter.com/F4j6nnoVWH
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) November 16, 2022
Jika anda terperangkap dalam situasi banjir, berikut merupakan talian kecemasan yang boleh dihubungi: 03- 5650 0503, 03- 5650 0504 dan 03 – 5650 0599.

BACA: Mustahil Tak Rugi, Mangsa Boleh Mohon 4 Bantuan Pasca Banjir Ini
Sumber: Bernama via Twitter & Facebook