Siakap Keli
Kredit: Astro Radia Traffic

Banjir Kilat, Jalan Di Persimpangan Lampu Isyarat Kiwa Dari Cyberjaya Ke KLIA/BBST/Nilai Ditutup

Beberapa jalan di daerah Sepang dilaporkan telah dinaiki air pada hari ini, dipercayai berpunca daripada hujan lebat berpanjang.

Menurut Astro Radio Traffic, banjir kilat dilapor berlaku di Jalan Labohan Dagang Nilai. Air naik di kawasan susur keluar ke Kota Warisan menyebabkan trafik perlahan selama satu jam menuju ke KLIA dan Bandar Baru Salak Tinggi.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik bersama gambar hantaran tersebut, dapat dilihat air banjir berwarna kuning menutupi permukaan jalan tersebut.

Kredit: Astro Radio Traffic

Selain, itu. pihak Polis Trafik IPD Sepang turut memuat naik satu hantaran di Facebook, memberitahu orang ramai mengenai penutupan jalan di kawasan daerah Sepang, disebabkan kejadian banjir kilat.

Jalan yang ditutup adalah persimpangan lampu isyarat Kiwa dari Cyberjaya menuju ke KLIA/BBST/NILAI. Berdasarkan gambar-gambar yang diberikan, paras air boleh menjangkau sehingga paras betis.

Kredit: Facebook

Pada akhir hantaran, pihak polis trafik meminta pengguna jalan raya agar mematuhi arahan petugas dan papan tanda yang disediakan untuk membantu koordinasi pergerakan semasa banjir kilat.

Pengguna jalan raya juga digalakkan untuk menggunakan jalan alternatif bagi mengelakkan terperangkap dalam banjir ini dan mengurangkan risiko kerosakan kenderaan.

Sumber: Astro Radio Traffic & Trafik IPD Sepang via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.