“Black Panther: Wakanda Forever” Kutip RM 819 Juta Pada Minggu Pembukaan
Filem Disney dan Marvel Studios ‘Black Panther: Wakanda Forever’ yang telah mula ditayangkan pada bulan November telah menunjukkan prestasi baik pada minggu pembukaan tayangannya apabila berjaya mengutip $180 juta dan menjadi filem kedua dengan kutipan tertinggi minggu pembukaan pada 2022.
Kejayaan yang dicatatkan oleh filem diarahkan oleh Ryan Coogler dan lakon layar yang ditulis bersama Joe Robert Cole itu menjadi filem tersebut sebagai filem dengan kutipan minggu pembukaan tertinggi November.
Menurut data dari Ent Telligence filem “Wakanda Forever” dianggarkan akan menarik 12.7 juta penonton pada hujung minggu ini kerana telah mendapat maklumbalas yang positif dari peminat filem tersebut. Bahkan para pengkritik turut memuji filem tersebut kerana menghormati mendiang Chadwick Boseman sebaiknya dan menyokong Marvel Cinematic Universe di masa hadapan.
Antara filem Marvel lain yang pernah mendapat kutipan tertinggi pada minggu pembukaan tayangan ialah filem Doctor Strange: Multiverse of Madness yang turut memegang rekod pembukaan tertinggi pada 2022, dengan $187 juta.
“Wakanda Forever menepati jangkaan bukan sahaja sebagai filem blockbuster yang penting untuk Disney dan pawagam, tetapi juga untuk mengingati mendiang Chadwick Boseman,” kata Shawn Robbins, ketua penganalisis di BoxOffice.com.
BACA: Air Melimpah, Ini Keadaan Semasa Di Taman Sri Muda Selangor Pagi Tadi
Sumber: CNBC