Nampak Menyelerakan, Akak Ni Kongsi Resepi Mudah Nak Buat Kerabu Maggi Siam
Maggi atau mi segera merupakan antara makanan yang sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Salah satu makanan yang sering menjadikan maggi sebagai bahan utama ialah Kerabu Maggi Siam iaitu makanan yang sangat popular di Thailand.
Walaupun berasal dari negara jiran, Kerabu Maggi Siam ini juga sebenarnya sangat popular di Malaysia. Di Malaysia, ia boleh dicari dimana-mana sahaja, namun apa kata anda buat sendiri kerana resepinya bukanlah susah sangat pun kan.
Menerusi hantaran facebook Sheena Rashid Kamsiran yang dibuat di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official, bdia berkongsi cara-cara untuk menghasilkan Kerabu Maggi Siam yang nampak begitu menyelerakan ini. Jadi, jom kita selama bersama-sama resepi yang dikongsikannya dan selepas itu, boleh kita buat sendiri.

Bahan-bahan utama
Bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan masakan ini ialah yang paling utama ialah Maggi Serda Kerabu Maggi yang boleh dibeli melalui shopee atau kedai-kedai runcit berdekatan, filamen ketam, sosej, tomato, bawang merah, cili dan limau nipis.
Cara-Cara Penyediaaan
1# Potong kesemua bahan-bahan seperti bawang, tomato, cili dan limau nipis.

2# Sediakan air panas dan masukkan ketam dan sosej ke dalam kuali yang berisi air panas untuk merebus.
3# Masukkan 4 bungkus maggi siam untuk direbus dan kemudian toskan maggi yang telah direbus.
4# Masukkan sosej dan ketam ke dalam yang berisi maggi dan masukkan sekali dengan perencah maggi siam.

5# Seterusnya, masukkan semua bahan yang telah dipotong iaitu bawang, tomato, cili, dan perah limau nipis.
6# Akhir sekali gaulkan kesemua bahan-bahan tersebut sehingga sebati dan sediakan di atas pinggan untuk dihidangkan.
Resepi yang dikongsikan ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja sama ada lelaki atau perempuan dan yang paling penting orang-orang bujang yang inginkan resepi mudah dan senang. Selamat mencuba.