Siakap Keli
Kredit: Bernama

Semak Kawasan Masing-Masing, Ini Senarai 5,496 “Hotspot” Banjir Di Seluruh Malaysia

Semak Kawasan Masing-Masing, Ini Senarai 5,496 “Hotspot” Banjir Di Seluruh Malaysia

Semalam, pihak JPS telah membuat satu bebenang di laman Twitter mengenai kawasan-kawasan panas atau lebih dikenali sebagai ‘hotspot’ untuk banjir bagi membantu penduduk di kawasan sekitar mengambil langkah-langkah awal.

Menerus bebenang itu, secara keseluruhan terdapat  5,496 kawasan di seluruh negara dikategorikan sebagai kawasan hotspot mengikut negeri masing-masing.

Berdasarkan senarai tersebut, Sarawak memiliki lokasi kawasan panas banjir paling banyak iaitu 1034 kawasan, diikuti dengan Pahang (762), Kelantan (595), Sabah (530), Johor (432), Kedah (373) dan negeri-negeri yang lain.

Untuk senarai lanjut, anda boleh rujuk pada gambar di bawah:

Kredit: JPS

Terengganu

Kelantan

Pahang

Johor

Negeri Sembilan

Melaka

Kuala Lumpur

Selangor

Perak

Pulau Pinang

Kedah

Perlis

Sabah

Sarawak

Labuan

Diharapakan orang ramai dan penduduk di kawasan yang disenaraikan JPS untuk sentiasa berwaspada dan membuat persediaan secukupnya untuk berdepan dengan banjir.

Juga diingatkan agar semua dapat mengikuti arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan agensi-agensi pengurusan bencana bagi memastikan keselamatan diri masing-masing sentiasa terjamin.

Anda juga dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan semasa situasi banjir di seluruh negara yang dikemaskini dari masa ke masa oleh JPS Malaysia dan agensi-agensi lain menerusi laman media sosial masing-masing.

BACA: Mustahil Tak Rugi, Mangsa Boleh Mohon 4 Bantuan Pasca Banjir Ini

Sumber: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.