Apabila kumpulan K-pop paling terkenal, BLACKPINK mengumumkan mengenai persembahannya di Asia, ramai yang tidak sabar untuk merebut peluang menghadiri konsert itu bagi melihat mereka secara bersemuka.
Sebelum ini, syarikat pengurusannya, YG Entertainment menetapkan tarikh 4 Mac 2023, bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi BLACKPINK mengadakan konsert di Malaysia hingga mencetuskan suasana riuh di media sosial.
Semangat yang ada pada peminat BLACKPINK atau dikenali Blink, tidak terpadam walaupun harga tiket konsert itu mencecah hampir RM2,000 yang boleh dikatakan hampir sama dengan gaji minimum di Malaysia.
Walau bagaimanapun, harga tiket itu telah menjadi perbualan ramai disebabkan kadarnya yang tidak masuk akal sehingga ramai yang membuat aduan kepada pihak pengurusan.

Ramai yang merungut merasakan harga konsert itu ‘mahal’, tetapi apabila tiba hari pembelian, tiket itu habis dijual dalam masa 30 minit selepas penjualan bermula.
Difahamkan, pembelian tiket bagi konsert itu telah dibahagikan kepada tiga tarikh yang berbeza bermula pada 15 November untuk ahli kelab BLACKPINK, Blink dan 16 November untuk ahli Live Nation di bawah penganjur.
Hari ketiga pada 17 November, hari ini di mana tiket dijual kepada umum yang tidak mendaftar ahli kelab atau ahli Live Nation. Namun selepas tiket mula terjual pada hari pertama, tiket VIP telah pun ‘sold out’ dibeli oleh Blink.
Rata-rata meluahkan rasa kecewa disebabkan tidak boleh membuat pembayaran dan pembelian tiket pada hari tersebut kerana laman web ‘crash’ serta tidak dapat menerima bayaran dalam satu masa.
Kata warganet
Siapa sahaja yang tidak teruja untuk berjumpa dengan BLACKPINK? Walaupun mahal, ia tidak menjadi satu masalah bagi peminat yang amat meminati kumpulan itu. Pastinya ramai yang meminta pihak pengurusan untuk menambah tempat supaya lebih ramai yang dapat menyertai konsert itu.
Kumpulan itu terdiri daripada empat wanita, Jennie, Jisoo, Rose dan Lisa. Masing-masing merupakan bintang terkenal Korea yang membina nama sendiri dan turut menjadi model bagi jenama terkemuka.
.@BLACKPINK’s #BORNPINK WORLD TOUR ASIA in Kuala Lumpur, Malaysia got sold out within 30 minutes! #BORNPINKinKL #BLACKPINK
Favorite K-Pop Artist #AMAs pic.twitter.com/HlggvzsBoP— BLACKPINK BLINK UNION 💕 (@BBU_BLACKPINK) November 17, 2022
Sumber: @BBU_BLACKPINK via Twitter