Kajian Dapati Jumlah Sperma Lelaki Seluruh Dunia Menurun, Krisis Global Ancam Kewujudan Manusia
Satu laporan telah memberi amaran bahawa penurunan berterusan kiraan sperma bagi lelaki di seluruh dunia adalah sebuah krisis yang mampu mengancam kewujudan manusia, lapor Metro UK.
Analisis utama seumpanya itu telah menunjukkan penurunan jumlah sperma di kalangan lelaki dari Amerika Selatan dan Tengah, Asia dan Afirka.
Lebih membimbangkan, kajian itu juga menunjukkan bahawa penurunan jumlah sperma di Amerika Utara, Eropah dan Australia yang diterbitkan dalam laporan oleh penyelidik yang sama pada 2017 telah berterusan. Malah penurunan didapati lebih cepat pada abad ke-21.
Pasukan penyelidik itu menjelaskan bahawa kiraan sperma bukan sahaja penunjuk kesuburan manusia, malah ia juga merupakan penunjuk kesihatan bagi seorang lelaki. Tahap rendah dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit kronik kanser testis dan jangka hayat yang lebih pendek.
Penyelidik itu berkata, penurunan tersebut mencerminkan ‘krisis global’ yang berkaitan dengan persekitaran dan gaya hidup moden manusia, dengan implikasi luas untuk kemandirian spesies manusia.
Kerja-kerja penyelidikan itu telah dikendalikan oleh sebuah pasukan antarabangsa yang diketuai oleh Profesor Hagai Levine, dari Sekolah Kesihatan Awam Hadassah Braun Universiti Hebrew di Jerusalem.
Analisis terbaru ini diperolehi melalui pengumpulan data dari 53 buah negara dan telah diterbitkan di dalam jurnal Human Reproduction Update. Jurnal ini juga termasuk penambahan tujuh tahun pengumpulan data dari 2011 hingga 2018.
Penulisan jurnal berkenaan memfokuskan pada trend kiraan sperma dalam kalangan lelaki di kawasan yang tidak disemak pada sebelum ini, khususnya di Amerika Selatan, Asia dan Afrika.
Data menunjukkan buat pertama kalinya, lelaki di kawasan tersebut telah mengalami ‘penurunan ketara’ dalam jumlah kiraan sperma (TSC) dan kepekatan sperma (SC) yang dilihat sebelum ini di Amerika Utara, Eropah dan Australia.
Kajian itu menunjukkan penurunan yang sangat cepat selepas tahun 2000 dalam TSC dan SC pada peringkat global.
“Secara keseluruhan, kami melihat penurunan yang ketara di seluruh dunia dalam jumlah sperma lebih 50 peratus dalam tempoh 46 tahun yang lalu. Penurunan ini dipercepatkan dalam beberapa tahun kebelakangn ini,” kata Profesor Levine.
Walaupun kajian semasa tidak mengkaji punca penurunan jumlah sperma. Profesor Levine berkata, penyelidikan baru-baru ini bahawa gangguan dalam perkembangan saluran pembiakan semasa hayat janin dikaitkan dengan kemerosotan tahap kesuburan seumur hidup dan penanda lain dalam disfungsi pembiakan.
Beliau juga menjelaskan bahawa pilihan gaya hidup dan bahan kimia dalam persekitaran memberi kesan buruk kepada perkembangan janin.
“Kita sedang menghadapi masalah yang serius, jika tidak dikurangkan ianya boleh mengancam kelangsungan hidup manusia,” kata beliau lagi sambil memberi amaran bahawa masa semakin suntuk.
Kiraan sperma yang rendah bukan sahaja menjejaskan kesuburan lelaki, tetapi ianya mempunyai kesan yang serius terhadap kesihatan lelaki secara amnya. Ini juga boleh dikaitkan dengan trend buruk yang lain atau lebih dikenali sebagai sindrom disgensis testis.
BACA: Pakar Temui Rel Trem Tertua Di Asia Peninggalan Penjajah Belanda
Sumber: Metro UK