Satu laluan rel trem zaman penjajah Belanda ditemui ahli arkeologi di lokasi projek pembangunan Mass Rapid Transit (MRT) Jakarta Fasa 2 di Jakarta Pusat, semalam, lapor Kompas.com.
Ahli arkeologi dari Universiti Indonesia, Charunia Arni Listya pada Rabu berkata pembinaan trem di Batavia hanya digunakan sebagai medan percubaan kerajaan kolonial Belanda dan setelah berjaya, Belanda membina trem itu di negaranya sendiri.
Kata Litsya, kereta api trem yang baru ditemui itu bukan sahaja menarik kerana ia wujud di Indonesia terlebih dahulu sebelum Belanda, tetapi kerana ia adalah yang tertua di negara itu.
“Rel trem di Batavia (Jakarta kini) wujud lebih awal daripada di Belanda sendiri dan kereta api trem ini adalah yang pertama di Asia dan yang tertua di Indonesia,” katanya semasa ditemu bual wartawan.
Difahamkan, bentuk trem itu pada awal pembinaannya tidak terbentuk seperti kereta api dengan lokomotif dan gerabak seperti sekarang.
Trem itu muncul dalam bentuk gerabak terbuka dengan panjang kira-kira 2 hingga 3 meter yang ditarik oleh kuda yang menyerupai seperti kereta kuda.
Namun setelah menghadapi beberapa masalah serta perkembangan teknologi, bentuk trem itu akhirnya berubah menjadi gerabak yang mempunyai roda tanpa memerlukan pertolongan kuda.
Tambah Listya, walaupun kereta api sudah berusia lebih satu abad, rel trem yang diperbuat daripada kayu dari Belanda masih kukuh. Tempat tidur rel trem masih mengekalkan kestabilannya ekoran ia diperbuat menggunakan kayu jati.
Menurut Litsya, landasan trem itu mula beroperasi pada tahun 1869 dan laluan utama yang dilalui adalah Kota Tua hingga ke Harmoni yang terletak di Batavia.
“Idea untuk membina laluan trem dicetuskan pada tahun 1860, kemudian permit pembinaan dikeluarkan pada tahun 1866 dan tiga tahun kemudian, pada tahun 1869 lalaun itu mula beroperasi di Batavia,” tambah Listya.
Sementara itu, kereta api itu dirancang untuk dipindahkan atau disimpan semnetara di Kolam Syarikat Pengangkutan Penumpang (PPD) di Jakarta Barat kerana rel trem peninggalan Belanda ditemui di kawasan aset agensi itu.
Jelas Lisa, proses pemindahan itu ke kawasan sementara adalah bagi menjamin kualiti serta warisan sejarah itu.
Sumber: Kompas.com