Ronaldo berharap Arsenal akan memenangi Liga Perdana Inggeris musim ini
Penyerang sensasi MU, Chistiano Ronald mengakui bahawa beliau mahu kelab lawannya, Arsenal memenangi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL)pada musim ini sekiranya kelabnya gagal dalam perebutan kejuaraan, lapor Daily Mail.
Ronaldo telah menjadi bualan utama tajuk berita menjelang pembukaan Piala Dunia Qatar selepas dia memberikan komen sensasi ke atas United dalam satu temu bual bersama Piers Morgan pada hujung minggu lalu.
Semasa dalam masa separuh masa pertama perbincangannya dengan Morgan, pemain berusia 37 tahun itu telah membidas bekas jurulatih sementara Red Devils, Ralf Rangnick, Wayne Rooney, Gary Neville dan pemain muda lain dalam kelabnya.
Temu bual kedua disiarkan pada malam Khamis berikutnya, namun dalam sesi tersebut Ronaldo tidak memberikan komen yang menyinggung perasaan sesiapa pun.
Ini kerana beliau juga turut memuji prestasi luar biasa Arsenal dalam saingan Liga Perdana pada musim ini. Katanya, beliau amat mengagumi pengurus pasukan itu, Mikel Arteta sambil mengakui mahu melihat pasukan itu memenangi EPL nanti.
BREAKING: Cristiano Ronaldo tells Piers Morgan Arsenal are his title favourites (sort of).
Watch live: https://t.co/ajbahBvQpp@cristiano | @piersmorgan | @TalkTV | #90MinutesWithRonaldo | #PMU pic.twitter.com/11mL3CvS1z
— Piers Morgan Uncensored (@PiersUncensored) November 17, 2022
Ketika ditanya oleh Morgan yang selaku penyokong Gunner sama ada dia mahu melihat kelab itu menjadi juara, Ronaldo mengakuinya dan berharap kelab itu akan menang.
“Saya harap begitu. Tetapi Manchester dahulu, dan jika tidak, Arsenal adalah pasukan yang mahu saya lihat menjadi juara nanti,” sambung Ronaldo lagi.
Dalam perkembangan terkini, pasukan Arsenal berada di hadapan dengan kelebihan sebanyak lima mata di dalam carta semasa sebelum liga berehat sementara bagi memberi laluan kepada Piala Dunia.
Arsenal telah memenangi 12 daripada 14 perlawanan pertama mereka untuk musim ini.
Skuad kendalian Arteta itu dikatakan mampu mencabar Manchester City untuk kejuaraan pada 2022-2023, dan Ronaldo pastinya akan kagum dengan berita itu.
“Saya suka pasukan itu. Saya suka jurulatihnya juga. Saya rasa mereka mempunyai pasukan yang bagus. Dan jika Manchester United tidak memenangi Liga Perdana, saya akan gembira jika Arsenal menjuarainya nanti,” tambah Ronaldo di akhir temu bual tersebut.
Cristiano Ronaldo: "I hope Arsenal win the Premier League, if it's not Manchester United. If Manchester United don’t win the Premier League, I'll be happy if Arsenal do". 🚨 #AFC #MUFC
"I like the team. I like the coach. I think Arsenal have a good team", tells @PiersUncensored. pic.twitter.com/3TtgAH8ssm
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 18, 2022
Sumber: Daily Mail