Siakap Keli
Gambar: Area Militar/AirLive

Pesawat Langgar Trak Bomba, Dua Orang Dilaporkan Maut

Sebuah pesawat Airbus A320neo dipercayai telah mengalami kemalangan sewaktu ingin berlepas daripada Lapangan Terbang Jorge Chavez, Peru pada Jumaat.

Dalam kejadian nahas tersebut, dua orang dilaporkan maut setelah sebuah pesawat LATAM Airlines yang sedang berlepas dari Lapangan Kapal Terbang Lima, telah melanggar sebuah trak bomba di landasan dan terbakar.

Difahamkan, kapal terbang yang terlibat dalam nahas ini merupakan sebuah pesawat Airbus A320neo dengan kod identifikasi CC-BHB.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, sebuah trak bomba kelihatan berada di atas landasan tersebut sebelum pesawat A329 mula membuat pecutan.

Enjin pesawat pada bahagian kanan dan sayap pesawat telah berlanggar dengan trak tersebut serta mengakibatkan kebakaran.

Sejurus selepas insiden itu, penerbangan dari #LA2213 ke Juliaca terpaksa dihentikan dan semua penumpang diselamatkan dengan segera.

 

Dalam pada itu, LATAM Peru telah mengesahkan bahawa penerbangan LA2213 untuk laluan Lima – Juliaca, yang dioperasikan oleh LATAM Airlines Peru telah mengalami kemalangan semasa berada di atas landasan.

Mangsa yang terkorban adalah dua orang bomba yang berada di dalam trak tersebut.

Dalam masa yang sama, tiada penumpang atau kru yang terkorban dalam nahas ini.

Pun begitu, tidak dapat dipastikan bagaimana trak bomba tersebut boleh memasuki kawasan landasan kapal terbang terbabit.

Sumber: AirLive.Net

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.