PRI15: 9 Peratus Keluar Mengundi Setakat 9 Pagi – SPR
Sehingga jam 9 pagi tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan bahawa statistik pengundi yang telah keluar untuk membuang undi adalah sebanyak 9 peratus bagi Hari Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“Statistik keluar mengundi bagi Hari Mengundi PRU Ke-15 pada jam 9:00 pagi adalah sebanyak 9 peratus,” kata SPR dalam satu kenyataan ringkas.
Terkini, statistik peratusan keseluruhan bagi rakyat Malaysia yang sudah mengundi untuk sesi PRU15, setakat pukul 2.00 petang ialah 58 peratus.
Berdasarkan peratusan ini, terdapat peningkatan jumlah sebanyak 49 peratus daripada semua pemilih berdaftar di negara kita, tidak termasuk pengundi awal.
Peratusan ini dijangka akan meningkat menjelang waktu petang. Orang ramai diingatkan untuk membawa kad pengenalan diri dan mengenalpasti saluran pengundian untuk melancarkan proses membuang undi.
Bagi sesiapa yang sudah membuang undi, anda boleh mendapatkan promosi menarik bersempena pilihan raya ini dengan hanya menunjukkan kesan dakwat kekal pada jari anda.
Jika anda berminat untuk mengetahui maklumat promosi-promosi ini, anda boleh layari pautan di bawah. Jangan lepas peluang anda selepas meraikan demokrasi di negara kita.

Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)