Siakap Keli
anwar gunting rambut cetus tanda tanya
Gambar: Anwar Ibrahim via Facebook

Anwar Muat Naik Gambar Potong Rambut Cetus Tanda Tanya

Baru-baru ini tular di media sosial, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim merapikan penampilan dirinya dengan menggunting rambut setelah selesai berkempen hingga mencetus pelbagai tanda tanya dalam kalangan warganet.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar Ibrahim memuat naik gambarnya dan butiran kedai tersebut. Kelihatan beliau merapikan dirinya di sebuah kedai gunting rambut tempatan dan Anwar dilihat sempat mempromosikan nama kedai tersebut dengan tanda pagar (hashtag) #sokonglokal.

“Sempat singgah potong rambut setelah selesai berkempen pilihan raya. Singgah ke kedai gunting rambut di Sg Long yang diusahakan oleh saudara Edy, seorang anak muda yang berhijrah dari Miri,” katanya menerusi laman Facebook malam tadi.

Bagaimanapun, tindakannya menimbulkan tanda tanya buat warganet kerana beliau dilihat ‘tenang’ dan bersahaja walaupun dalam masa sama, ada parti gabungan lain sedang berusaha mendapatkan majoriti dalam membentuk sebuah Kerajaan Persekutuan.

Hantarannya itu meraih lebih 44,000 tanda ‘suka’ dan 2,300 perkongsian selain turut dihujani kira-kira 5,600 komentar daripada pengguna Facebook, rata-ratanya memberikan pendapat masing-masing.

Gambar: FB Datuk Seri Anwar Ibrahim

Dalam masa sama, bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dilihat turut berbuat tindakan hampir serupa iaitu memuat naik gambar dirinya sedang menggunting rambut di sebuah kedai rambut di ibu kota.

“Hari ini saya ke kedai gunting biasa saya di Bangsar, rambut agak panjang dah lama bertangguh, tak potong lebih awal kadang kadang menyusahkan.

“Tak perlu rasa sayang nak potong rambut, potong sahaja lagi kemas selepas dipotong.

“Kadang kala bersama rambut yang panjang, banyaklah kutu di kepala. Kutu yang kenyang, kita ni tak dapat faedah apa apa. Jika mahu segak kembali, segera potong, murah saja,” katanya di Facebook semalam.

Semalam, media melaporkan YDPA menitahkan semua ketua parti politik dan gabungan parti politik yang mendapat jumlah kerusi yang banyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), memaklumkan kepada Istana Negara mengenai gabungan parti, dan menamakan calon Perdana Menteri yang dipersetujui untuk membentuk Kerajaan Persekutuan sebelum 2 petang, hari ini.

Gambar: FB Tan Sri Annuar Musa

BACA JUGA : Agong Titah Kemuka Seorang Calon PM Sebelum Jam 2 Petang Esok

Sumber: Anwar Ibrahim via Facebook

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.