Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipercayai tidak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan bersedia untuk dipecat.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh anaknya, Nina Ismail Sabri menerusi Instagram Story pada hari ini.

Nina telah memuat naik satu tangkap layar yang dipercayai memaparkan perbualan Ketua-Ketua Bahagian UMNO dalam aplikasi WhatsApp.
“Biar tak berkuasa, jangan tak berprinsip,” kata Nina menerusi kiriman itu.
https://www.facebook.com/BernamaTV/posts/pfbid0RgFYHqrWiZGBoh4mtF2qGRkZ7436b6fcQXYFAhJNBTtfG5DbDJ8N4mXNp692SZWKl
Terdahulu, Naib Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan bahawa Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional masih belum mencapai kata sepakat bagi menentukan kerjasama membentuk kerajaan Persekutuan.
Menurutnya, perbincangan akan diteruskan pada satu lagi mesyuarat esok, lapor Bernama.
“Masih belum ada kata putus, kita akan buat keputusan bersama esok,” katanya.
Sumber: Ninaismailsabri, Bernama