Siakap Keli
Tangga Misteri Lebuhraya Utara-Selatan terjawab
Gambar tangkap layar video @izzathafiy

Lelaki Ini Bongkar Apa Yang Ada Di Puncak Tangga Misteri Lebuhraya PLUS

Sesiapa yang pernah lalu jalan menuju ke lebuhraya utara-selatan mesti kenal satu binaan tangga yang tinggi ke puncak sebuah bukit.

Mesti anda tertanya-tanya, apa yang ada di puncak tangga tersebut? Tetapi, pernahkah anda cuba untuk mendakinya demi memenuhi perasaan ingin tahu yang menebal dalam diri?

Baru-baru ini, satu video telah tular di laman tiktok apabila seorang ‘content creator’ merekodkan perjalanannya membongkar tangga misteri tersebut.

Pemilik akaun @izzathafiy, berkata dia tergerak untuk menaikinya apabila melihat sebuah lori berhenti di tempat yang sama, justeru kesempatan tersebut diambil untuk memenuhi keinginannya itu.

Hal ini kerana dia telah memendamkan impiannya untuk mengetahui ‘benda’ di puncak tersebut dari kecil lagi  Ditambah lagi bilangan tangga yang dianggarkan sebanyak 200 atau lebih anak tangga menyebabkan impiannya itu sukar untuk dilaksanakan.

Lebih mengejutkan, apabila dia sampai di puncak bukit, dia hanya menemukan sebuah rumah rehat yang dikelilingi oleh pokok-pokok besar.

“Aku pun tak tahu siapa yang sanggup panjat nak rehat atas ni,” katanya dalam video tersebut.

Namun, perkongsiannya dia laman tiktok telah mendapat tempat di hati warganet iaitu sebanyak 104.1k tanda suka, 2,833 komen dan 1,088 tanda kongsi.

@meggikare

finally dari kecil aku nak tau apa ada kt atas tu.. korang perasan x? #northsouthhighway #lebuhrayautaraselatan #misteri #rnr #pitstop #fyp #fypp #ttviral #ttmalaysia #fyppppppppppppppppppppppp #viral

♬ LIMITS THE SKY – Mpax

Menurut mereka yang meninggalkan komen dia ruangan tiktok milik @izzathafiy menyatakan bahawa mereka juga turut mempunyai hasrat yang sama dengannya.

Tangga Misteri Lebuhraya Utara-Selatan terjawab
Gambar tangkap layar video @izzathafiy

Tidak dinafikan mereka juga mempunyai perasaan inkuiri yang menebal dalam diri namun tidak kesampaian apabila melihat tangga yang tinggi untuk dinaiki, lantas hanya membiarkan ia terkubur.

Rata-rata warganet turut mengucapkan terima kasih kepada @izzathafiy atas perkongsiannya itu.

Tangga Misteri Lebuhraya Utara-Selatan terjawab
Gambar tangkap layar video @izzathafiy

Sumber:  @izzathafiy | Tiktok

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.