Siakap Keli
yasser alami patah rahang
Gambar: Daily Telegraph

Al-Shahrani Patah Rahang, Tulang Muka & Pendarahan Dalaman Lepas Langgar Lutut Penjaga Gol

Pemain Arab Saudi, Yasser Al Shahrani disahkan mengalami kecederaan patah rahang, tulang muka dan pendarahan dalaman selepas ‘dilutut’ di muka oleh penjaga golnya sendiri, semalam, lapor 7 News.

Difahamkan, kecederaan ngeri itu berlaku semasa perlawanan Arab Saudi menentang Argentina pada kejohanan FIFA Piala Dunia 2022 di Qatar malam tadi.

Al Shahrani dilihat tidak memberi tindak balas selepas rempuhan itu berlaku, namun pengadil Slavko Vincic masih membenarkan perlawanan diteruskan hingga tindakannya mendapat kecaman ramai.

Itu merupakan kali kedua dalam dua hari pegawai FIFA mendapat kecaman berhubung pengendalian mereka terhadap insiden ngeri semasa di atas padang.

Insiden itu berlaku semasa pemain pertahanan Arab Saudi tersebut melanggar lutut rakan sepasukan Mohammed Al-Owais ketika mengejar bola dalam kotak yang dibuat Argentina semasa masa tambahan.

Gambar: Daily Telegraph

Pelanggaran itu membuatkan kepala Al Shahrani melantun semasa mendarat dan dia tidak berganjak manakala Lionel Messi menggelecek hanya beberapa meter jauh daripadanya.

Disebabkan penekanan dan tidak mahu membuang masa semasa perlawanan berlangsung, Vincic menunggu hampir 20 saat sebelum berlari ke Al Shahrani dan meminta rawatan perubatan.

Keadaan emosi itu membuatkan Al-Owais meletakkan tangannya di kepalanya serta memberi isyarat supaya doktor bergegas membantu rakan sepasukannya.

Pemain berusia 30 tahun itu kemudiannya terpaksa ditarik keluar dari padang dan turut sempat memberikan tanda ‘bagus’ ketika dia keluar dari stadium.

Sebelum itu, kapten pasukan Arab Saudi Salman Al Faraj tercedera akibat hamstring dan digantikan permain tengah pada separuh masa pertama.

Sumber: 7 News

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: