Pelakon Game of Thrones dan ahli kumpulan Dr. Feelgood, Wilko Johnson dilaporkan meninggal dunia pada usia 75 tahun akibat kanser buah pinggang, lapor Daily Mail.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulannya hari ini memaklumkan bahawa bintang rock itu meninggal dunia di rumahnya pada Isnin lalu.
“Ini adalah pengumuman yang kami tidak mahu buat & dan kami dengan berat hati mengatakan Wilko Johnson telah meninggal dunia.
“Dia meninggal dunia di rumah pada hari Isnin 21 November. Terima kasih kerana menghormati privasi keluarga pada masa yang ini. RIP Wilko Johnson,” maklum kenyataan itu.
Dalam Game Of Thrones, mendiang dikenali dengan watak algojo bisu.
Terdahulu, Johnson pada tahun 2013 menjalani diagnosis dan mengetahui dirinya mempunyai 10 bulan untuk hidup sebelum mengambil langkah menjalani kemoterapi.
Bagaimanapun, dua tahun kemudian beliau mengesahkan bahawa dia bebas kanser selepas doktor berjaya membuang tumor seberat 3 kilogram (kg) dalam 11 jam pembedahan.
Sementara itu, Pengurus Robert Hoy berkata dia mahu memanfaatkan hidupnya yang tinggal sebaik mungkin seperti bermain dan berpesta sementara boleh.
“Wilko ingin mengucapkan terima kasih atas semua sokongan yang diberikan sepanjang kerjayanya.
“Daripada mereka yang pernah bekerja berkerja dengannya dan lebih-lebih lagi terhadap peminat setia serta peminat yang telah menghadiri pertunjukan langsungnya, membeli albumnya dan secara umumnya mewarnai hidupnya,” katanya.
Johnson terkenal dengan gaya permainan gitarnya yang unik dengan menggunakan tangan kanan walaupun dia seorang kidal.
Antara album yang pernah dihasilkannya termasuk Down by the Jetty, Malpractice, Stupidity dan Sneakin’ Suspicion. Karier hidupnya tidak berhenti di situ sahaja selepas mengasaskan kumpulan Solid Senders pada tahun 1977.
Mendiang juga berkecimpung bersama Ian Dury’s The Blockheads pada tahun 1980
Sumber: Daily Mail