Siakap Keli

Coolblog Keluarkan Siri Red Velvet Cheese Terbaharu

KUALA LUMPUR, 23 NOVEMBER 2022 – Sempena musim perayaan ini, Coolblog melancarkan siri Red Velvet Cheese yang menampilkan dua perisa terbaharu iaitu Red Velvet Cheese dan Red Velvet Choco Cheese! Peminat red velvet kini berpeluang menikmati keenakan kek kegemaran mereka dalam bentuk smoothie di cawangan Coolblog di seluruh negara mulai 25 November.

Sebagai jenama dan perintis bagi perniagaan pencuci mulut dan minuman Halal berasaskan kios di Malaysia, Coolblog percaya bahawa kenikmatan pasti dapat diperolehi daripada pilihan minuman mereka yang terbaik dari segi rasa, kepelbagaian, dan nilai. Bagi meraikan musim cuti penghujung tahun 2022, Coolblog menawarkan siri Red Velvet Cheese yang diilhamkan oleh perayaan Krismas untuk menceriakan lagi suasana hujung tahun yang sangat dinanti-nantikan. 

“Kek red velvet memang diminati ramai! Warna merah yang juga dikenali sebagai ‘warna kegembiraan’ mencantikkan lagi penampilan kek ini dan mencerminkan keceriaan musim perayaan! Keenakan kek red velvet in dapat dirasakan seolah-olah pelukan daripada orang yang tersayang. Oleh itu, kami menginspirasikan kek red velvet ini untuk menghasilkan kenikmatannya dalam bentuk smoothie dengan pelancaran siri Red Velvet Cheese kami,” kata Ashida Arshad, Pengurus Kempen Pemasaran Coolblog.

Untuk menyerlahkan lagi kelazatan siri terbaharu Coolblog, minuman berperisa kek red velvet ini dilengkapi bersama cheese mousse yang turut disertakan dengan taburan serbuk biskut red velvet. Bagi rakyat Malaysia yang menggemari perisa asli kek red velvet, minuman Red Velvet Cheese merupakan pilihan sesuai kerana keseimbangan perisa kek dan cheese mousse yang menggamit selera.

Bagi pengemar coklat, Red Velvet Choco Cheese adalah pilihan terbaik untuk anda kerana smoothie ini adalah gabungan antara perisa red velvet dan coklat Coolblog yang istimewa – adunan perisa yang pasti menambat rasa penggemar coklat! Dengan adanya penutup khas yang senang dibuka, para pelanggan dapat menikmati keenakan taburan biskut red velvet yang melengkapi siri smoothie ini dengan lebih mudah. Setiap minuman berharga RM11.90.

Minuman ini juga dilengkapi dengan stopper berbentuk hati – dimana ia boleh dijadikan sebagai hadiah yang sempurna untuk orang tersayang! Bukan itu sahaja, peminat boleh menambah biskut gingerbread boy atau girl yang berharga RM5.50 sekeping untuk dinikmati bersama. Biskut gingerbread boleh didapati di cawangan Coolblog terpilih sepanjang kempen Red Velvet Cheese dan dapat dijadikan sebagai pelengkap siri minuman ini.

“Kami menjanjikan kegembiraan dan kepuasan citarasa pelanggan apabila menikmati minuman Coolblog kerana kami komited untuk memberikan yang terbaik demi mewujudkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan khas buat pelanggan kami,” menurut Ashida.

Untuk maklumat lanjut tentang Coolblog dan promosi mereka, sila layari: 

Laman Web: https://www.coolblog.com.my/ 

Facebook: Coolblog.my

Instagram: CoolblogMalaysia

TikTok: coolblogmalaysia

Twitter: CoolblogMY

Nur Farra