Siakap Keli
menang salah tak menang pun salah
Gambar: BERNAMA

Menang Salah, Kalah Salah – FB Najib

Dalam tempoh pasca Pilihan Raya Umum yang ke-15 (PRU15) ini, terdapat tanda tanya siapa yang akan memegang jawatan Perdana Menteri (PM), susulan tiada parti yang mendapat kerusi majoriti membuatkan parlimen tergantung sehingga hari ini.

Teka-teki masih belum dapat diselesaikan, lantaran itu perkara tersebut turut membuatkan laman Facebook bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak ‘bersuara’ memberikan pendapatnya mengenai PRU15 pada kali ini.

Dalam hantaran di Facebook Najib, kenyataan tersebut memaparkan sedikit kata-kata seakan seloka yang berhubung kuat dengan situasi parti Barisan Nasional (BN) yang merupakan ‘pasukan’ bekas PM itu dahulu.

Ujar kenyataan itu, BN pada ketika ini memegang satu peranan penting dalam membentuk gabungan majoriti supaya Kerajaan Persekutuan terbentuk.

Namun, kenyataan tersebut turut berharap kemelut akan berakhir dalam masa terdekat supaya selepas ini, kerajaan baharu dapat memberikan sepenuh perhatian dalam memegang mandat rakyat.

Ikuti perkongsian di laman Facebook Najib di bawah ini berkaitan PRU15:

Menang Salah, Kalah Salah – Najib

Menang, salah.

Kalah, juga salah.

Pilih PH, penyokong PN salahkan BN.

Pilih PN, penyokong PH salahkan BN.

Tak pilih sesiapa, seluruh Rakyat salahkan BN sebab tiada kerajaan.

Buat ini, salah.

Buat itu, salah.

Tak buat apa-apa, lagi salah.

Lambat buat, pun salah.

Pilih PH, langgar ketetapan “No Anwar, No DAP” parti.

Pilih PN, langgar ketetapan “No Bersatu” parti pula.

Satu pilihan yang susah dan rumit bagi BN pada ketika ini.

Namun harap akan ada penyelesaian bagi kemelut ini dalam masa paling terdekat.

Mujur Najib tiada lagi.

Jika tidak, ianya juga salah Najib.

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/pfbid02tRh1FRe1DxLqNTeWh1P9q7WASZxQAguETHqw1QwmKHCb4uw6BsW2uwe6WSEKvpzgl

Sumber: Najib Razak via Facebook

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.