Siakap Keli
Sumber: Utusan Malaysia

Cristiano Ronaldo Digantung Dua Perlawanan & Didenda RM 270,000 Oleh FA England

Cristiano Ronaldo Digantung Dua Perlawanan & Didenda RM 270,000 Oleh FA England

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo dilapor telah dikenakan denda RM 270,000 dan penggantungan dua perlawanan oleh FA England susulan insiden beliau merampas dan menghempaskan telefon milik seorang peminat.

April lepas, bekas pemain Manchester United ketika itu didakwa atas ‘kelakuan tidak wajar atau ganas’ selepas beliau dirakam merampas dan menghempas telefon bimbit milik seorang peminat ke tanah selepas perlawanan pasukannya menentang Everton di Goodison Park.

Menurut The Mirror, FA akan mengumumkan hukuman terhadap Ronaldo pada hari Rabu, ketika memberikan penjelasan bertulis penuh kepada pemain berusia 37 tahun itu.

Dengan penggantungan tersebut, ini bermaknanRonaldo akan menjalani hukuman tersebut bersama pasukan baharu sekiranya dia memilih untuk kekal dan menandatangani kontrak dengan kelab EPL.

Selasa lepas, pemenang lima kali Ballon D’Or itu dilapor bersetuju untuk menamatkan kontraknya bersama Mancherster United susulan temubual kontroversinya bersama Piers Morgan.

Semasa temu bual itu, beliau secara terbuka mengecam kelab itu serta beberapa individu penting di dalam kelab tersebut selain mendedahkan bahawa beliau tidak menghormati jurulatihnya.

“Cristiano Ronaldo akan meninggalkan Manchester United dengan persetujuan bersama, berkuat kuasa serta-merta.

“Kelab berterima kasih kepadanya atas sumbangan besarnya dalam dua musim di Old Trafford, menjaringkan 145 gol dalam 346 penampilan dan mendoakan kesejahteraan dia dan keluarganya untuk masa depan,” kata kenyataan kelab.

BACA: Speaker Parlimen Tunisia Ucap Tahniah Pada DSAI & PH Atas Kejayaan Dalam PRU15

Sumber: Sport Bible, Youtube

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.