Siakap Keli
Gambar via BERNAMA

GRS Akan Turuti Apa Sahaja Nasihat YDPA Dalam Pembentukan Kerajaan

GRS akan turuti apa sahaja nasihat YDPA dalam pembentukan kerajaan

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada hari ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan akur dengan apa saja keputusan dan nasihat Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong bagi mewujudkan kerajaan perpaduan.

Menurut Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, selaku Ketua Menteri Sabah berkata GRS berpendirian bahawa penubuhan kerajaan perpaduan harus inklusif dan melibatkan Kerajaan Sabah dan Sarawak yang telah diberi mandat oleh rakyat.

“Untuk memastikan negara maju ke hadapan, kita mesti mempunyai kestabilan politik demi menjamin pembangunan ekonomi ke arah kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat,” kata Datuk Seri Palima Hajiji lagi.

Kredit GRS

Terdahulu, Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof yang mengetuai wakil GPS untuk menghadap Al-Sultan Abdullah pagi tadi berkata nasihat baginda telah disampaikan kepada Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Saya tadi tidak dapat membuat keputusan (semasa sesi menghadap) dan kita mendengar pandangan tuanku dan akan membawa kepada pucuk pimpinan GPS. Jadi tadipun kita telah memberikan taklimat kepada premier kita (Abang Johari),” katanya.

Bercakap kepada media selepas taklimat itu, Fadillah berkata selain beliau, GPS turut diwakili Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Richard Riot Jaem dan Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Aaron Ago Dagang.

Menurutnya setakat ini GPS masih berpegang kepada kenyataan yang dibuatnya sebelum ini untuk menubuhkan kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), namun mereka akan tetap akur dengan keputusan yang akan dibuat oleh Al-Sultan Abdullah.

Sumber: Gabungan Rakyat Sabah

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.