Pemain Arab Saudi bakal terima hadiah sebuah kereta Rolls Royce Phantom
Pemain bola sepak kebangsaan Arab Saudi didakwa bakal menerima hadiah mewah Rolls Royce Phantom selepas kemenangan mereka menmpaskan Argentina 2-1 dalam perlawanan Piala Dunia 2022 kelmarin.
Kemenangan bersejarah ke atas Argentina itu telah membuatkan “The Green Falcon” mendapat tiga mata penuh sekaligus menduduki tempat pertama dalam Kumpulan C mendahului Poland, Mexico dan Argentina.
Selain itu, skuad kendalian Herve Renard itu turut mencipta sejarah dengan menjadi pasukan Asia pertama yang berjaya menundukkan Argentina dengan dua jaringan gol hingga mendapat pujian oleh kerajaan Arab Saudi.
Disebabkan kemenangan itu kerajaan Arab Saudi mengisytiharan cuti peristiwa selama sehari pada semalam bagi meraikan kejayaan tersebut.
Malah difahamkan, Putera Arab Saudi Mohammed bin Salman Al Saud didakwa akan memberikan setiap pemain sebuah kereta jenis Rolls Royce Phantom berikutan kemenangan itu.
BREAKING: MBS has announced a Rolls Royce Phantom to each team member having defeated ARG #FIFAWorldCup #SAvsARG #SaudiArabia πΈπ¦ serves up the first major upset of the #FIFAWorldCup
— Awab Alvi (@DrAwab) November 22, 2022
Perkara tersebut didakwa oleh seorang pempengaruh terkenal Awab Alvi yang juga merupakan doktor gigi terkenal serta aktivis media sosial dalam satu kenyataan di Twitter miliknya.
“MBS mengumumkan bahawa Rolls Royce Phantom akan diberikan kepada setiap ahli pasukan yang berjaya tumpaskan Argentina,” dakwanya dalam kenyataan itu.
Pemberian hadiah mewah yang dianggap ‘tidak masuk akal’ oleh Putera Mohammed kepada pemain Arab Saudi itu telah mendapat perhatian pengguna Twitter.
Seorang lagi pengguna Twitter, Suhel Seth yang merupakan seorang ahli perniagaan India antara salah seorang yang membuat ciapan berkenaan dakwaan pemberian hadiah kereta Rolls Royce tersebut.
What a match! MBS will now give each player of the KSA TEAM one Rolls Royce each in addition to a billion dollars EACH for winning against Argentina!
— SUHEL SETH (@Suhelseth) November 22, 2022
Sumber: Awab Alvi/Twitter