Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini mengesahkan partinya sebulat suara bersetuju mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan bersama parti-parti sehaluan demi kestabilan negara.
Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi PN mengenai cadangan pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan yang diadakan hari ini.
“Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) pada hari ini Khamis 24 November 2022 telah membincangkan mengenai cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.
“Selaras dengan itu, mesyuarat bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang melibatkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Difahamkan, hari ini Yang di-Pertuan Agong akan mengumumkan Perdana Menteri yang ke-10 selepas Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu diadakan di Istana Negara
https://www.facebook.com/perikatann/posts/pfbid036JUk2tPgHmTSAhx9B4E4jwBrcgz1Q8jCBfyT98YmvnhsgP5RxEG96bKtvQdZwcbWl
Sumber: Perikatan Nasional via Facebook