Siakap Keli
Kredit: 7News via Metro UK

Wanita Cemas Terperangkap Dalam Perigi 8 Meter Ketika Nak Selamatkan Kucing

Wanita Cemas Terperangkap Dalam Perigi 8 Meter Ketika Nak Selamatkan Kucing

AUSTRALIA – Misi menyelamat seekor kucing peliharaan bertukar cemas apabila pemilik kepada haiwan tersebut terperangkap dalam perigi sedalam lapan meter.

Memetik laporan Metro UK, kucing peliharaan yang diberi nama ‘Comet’ itu dipercayai hilang selama beberapa hari sebelum keluarga pemilik haiwan tersebut menjumpai kucing itu di dalam perigi berdekatan sebuah rumah agam.

Wanita itu meminta bantuan saudara maranya supaya menurunkan dirinya dengan menggunakan tali pinggang untuk menyelamatkan kucing terbabit.

Walau bagaimanapun, setelah berjaya mendapatkan kucing tersebut, ahli keluarga wanita itu berhadapan dengan masalah besar apabila mereka tidak menemui cara untuk mengangkat semula wanita itu ke atas.

Kredit: 7ND Editorial

Pun begitu, wanita itu cuba untuk naik ke bahagian atas dengan menggunakan tangga lama yang berada di bawah perigi tersebut, namun nasib tidak berpihak kepadanya apabila tangga tersebut patah.

Berikutan kejadian itu, keluarga wanita itu kemudian membuat keputusan untuk meminta bantuan kecemasan daripada pihak berkuasa kira-kira jam 9.30 pagi.

Kredit: 7ND Editorial

Menurut ibu mangsa, dia sebolehnya tidak mahu memanggil bantuan luar untuk menyelesaikan masalah tersebut, namun dia sudah tiada pilihan lain.

Tidak lama selepas itu, anaknya kemudian berjaya diselamatkan bersama kucing peliharaannya.

Sumber: Metro UK

Farah Nabilah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.