Jeddah Dilanda Banjir Kilat, Dua Orang Dilapor Maut Setakat Ini
Dua orang maut dalam kejadian banjir kilat yang melanda bandar Jeddah di Arab Saudi pada Khamis berikutan hujan lebat berterusan, lapor Middle East News.
Jurucakap pertahanan awam Arab Saudi di wilayah Mekah mengumumkan dua kes kematian itu di Twitter dan menggesa penduduk untuk kekal berada di dalam rumah melainkan ada keperluan mendesak.
Banjir itu juga telah menyebabkan kelewatan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz. Malah, kesan daripada kejadian itu juga telah menyebabkan penutupan sekolah dan jalan ke Mekah ditutup.
Menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi, hujan di kawasan selatan Jeddah antara 8 pagi hingga 2 petang pada Khamis telah mencapai 179 milimeter.
Bacaan itu merupakan yang paling tertinggi pernah direkodkan oleh negara itu.
Ia juga melebihi rekod jumlah hujan yang dicatatkan pada tahun 2009 lalu yang berpuluh-puluh orang maut dalam kejadian banjir kilat pada waktu tersebut.
Heavy rain in Jeddah caused flood pic.twitter.com/Va2H0jTcMk
— Shehzad Gul (@ShehzadGulHasen) November 24, 2022
“Disebabkan keadaan cuaca yang buruk, pelepasan bagi beberapa penerbangan telah ditangguhkan,” kata kenyataan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz sambil menggesa penumpang untuk menghubungi syarikat penerbangan bagi mengetahui jadual terkini.
Sementara itu, Agensi Akhbar Saudi (SPA) telah melaporkan sebelum subuh tadi bahawa sekolah di bandar itu akan ditutup berikutan hujan diramalkan berterusan sepanjang hari.
“Sekolah-sekolah di bandar berdekatan Rabigh dan Kulais juga ditutup. Tindakan itu adalah untuk menjaga keselamatan para pelajar,” tulis SPA.
Sekolah-sekolah kerajaan sekarang sedang menjalani peperiksaan akhir, namun telah ditutup di seluruh negara pada Rabu lalu.
Penutupan sekolah itu dibuat selepas Raja Salman mengisytiharkan cuti berikutan kemenangan mengejut Arab Saudi ke atas Argentina dalam perlawanan Piala Dunia 2022.
Cars swept away in flash floods in #Jeddah – 2nd city in #SaudiArabia #أمطار_جدة #جدة_الأن pic.twitter.com/LeBfsyMtdL
— sebastian usher (@sebusher) November 24, 2022
Jeddah merupakan sebuah bandar dengan kira-kira empat juta penduduk dan terletak berhampiran dengan Laut Merah. Bandar itu sering dirujuk sebagai ‘pintu masuk ke Mekah’, di mana berjuta-juta orang menunaikan haji dan umrah pada setiap tahun.
Ribut hujan musim sejuk dan banjir berlaku hampir setiap tahun di Jeddah.
🔴SAUDI ARABIA :#VIDEO TERRIBLE FLASH FLOODS IN JEDDAH CITY!
As a result of heavy rains, the streets of #Jeddah are flooded.#BreakingNews #UltimaHora #ArabiaSaudita #Jeddah #Flooding #Inundaciones #Inondation #Sel #فيضان #جدة pic.twitter.com/ZIz7nr2KRq
— loveworld (@LoveWorld_Peopl) November 24, 2022
Sumber: Middle East News