Siakap Keli
Kredit: Bernama

Negeri Sembilan Umum Bonus Sebulan Setengah Gaji Atau Minimum RM 2,500 Untuk Penjawat Awam Negeri

Negeri Sembilan Umum Bonus Sebulan Setengah Gaji Atau Minimum RM 2,500 Untuk Penjawat Awam Negeri

Kerajaan Negeri Sembilan hari ini mengumumkan bonus atau Bantuan Khas Kewangan sebanyak sebulan setengah gaji atau minimum RM 2,500 kepada kira-kira 5,599 penjawat awam negeri.

Menurut laporan BERNAMA, bonus berkenaan akan dibayar pada awal Januri dan minggu pertama April tahun depan.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pemberian bonus berkenaan adalah bagi menghargai perkhidmatan yang diberikan penjawat awam dalam menambah baik urus tadbir kerajaan dan sentiasa komited menggalas tanggungjawab masing-masing.

Terdahulu, beliau membentangkan Belanjawan 2023 berjumlah RM 550 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM 450 juta dan belanjawan pembangunan sebanyak RM 130 juta.

Belanjawan bertemakan  ‘Melunas Janji dan Menggalas Harapan’ itu merangkumi sektor pembangunan sosial, pertanian, infrastruktur, kerohanian, pentadbiran dan pelancongan.

“Belanjawan 2023 yang dicadangkan ini merupakan belanjawan defisit sebanyak RM100 juta. Sungguhpun ia merupakan tahun ketiga pembentangan belanjawan secara defisit, namun dibuat secara bersasar dan masih dalam batas keupayaan rizab tunai negeri.

“Belanjawan defisit ini juga merupakan intervensi kerajaan negeri dalam merangsang ekonomi domestik berdasarkan model Input-Output yang dibangunkan,” katanya ketika membentangkan belanjawan itu pada Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di sini.

Katanya lagi, hasil cukai dijangka menyumbang sebanyak RM 159.84 juta, hasil bukan cukai dianggarkan sebanyak RM 227.96 juta dan terimaan bukan hasil pula adalah RM 62.20 juta.

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.