Siakap Keli
Gambar: Bernama

Perikatan Nasional Berpendirian Untuk Tidak Sertai Kerajaan Yang Diterajui PH – Muhyiddin

Perikatan Nasional Berpendirian Untuk Tidak Sertai Kerajaan Yang Diterajui PH – Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa parti itu berpendirian untuk tidak menyertai Kerajaan Perpaduan.

Sebaliknya, PN akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang berwibawa untuk membawa suara rakyat ke Parlimen.

“Perikatan Nasional mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tawaran supaya Perikatan Nasional menyertai Kerajaan Persekutuan pimpinan beliau.

“Namun atas semangat untuk menyuburkan demokrasi dan melaksanakan peranan semak dan imbang yang berkesan dalam Parlimen Malaysia, Perikatan Nasional berpendirian untuk tidak menyertai kerajaan yang diterajui oleh Pakatan Harapan,” katanya.

Menurutnya lagi, PN juga akan memastikan tadbir urus kerajaan yang berintegriti dan bebas rasuah selaras dengan prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil.

“Demi untuk memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, Perikatan Nasional bersedia untuk merintis bentuk-bentuk kerjasama yang lain dengan kerajaan dalam ruang lingkup hubungan antara kerajaan dan pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media malam tadi telah menawarkan untuk kerjasama dalam membentuk Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada beberapa gabungan.

Kerajaan Perpaduan melibatkan gabungan antara parti Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Terbaru ialah parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menyatakan sokongan mereka atas pembentukan Kerajaan Perpaduan pada hari ini.

Sumber: Twitter Muhyiddin Yassin

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.