Siakap Keli
Cikgu Sam Menang Anugerah Pendidik Berprestij Dunia
Gambar: TRT World

Hebat, Cikgu Sam Menang Anugerah Pendidik Berprestij Dunia, “World Citizen Educator Award 2020”

Hebat, Cikgu Sam Menang Anugerah Pendidik Berprestij Dunia, “World Citizen Educator Award 2020”

Seorang guru dari Malaysia mencipta sejarah apabila muncul sebagai rakyat pertama daripada negara ini yang memengani anugerah pendidik berprestij di dunia, The World Citizen Educator Award 2020.

Samuel Isaiah atau lebih mesra dengan Cikgu Sam menerima anugerah itu yang dianjurkan oleh TRT World di Instabul, Turkiye. Penerima lain bagi anugerah tersebut adalah Sharif Shiwan dari Afghanistan.

Menurut TRT World, anugerah berkenaan diberikan sebagai menghargai jasa pendidik yang berusaha menambahbaik kualiti pendidikan dengan mengimplementasikan strategi yang inovatif atau memberi pendidikan berkualiti tinggi kepada mereka yang tidak bernasib baik.

”Saya mewakili para guru yang berusaha mengajar dalam situasi mencabar, dan menjadikan pengajaran mereka di dalam kelas lebih bermakna”, kata Cikgu Sam.

Manakala Sharif Shiwan pula berkata anak murid-anak murid yang diajarnya bertanggungjawab untuk masa depan dunia.

”Jika dunia hari ini tidak mempunyai simpati kepada kanak-kanak, maka mereka juga tidak menunjukkan rasa simpati kepada dunia di masa hadapan”, katanya.

Selain TRT World Citizen Educator Award 2020, penganjur turut memberikan beberapa anugerah lain antaranya TRT World Citizen Communicator Award, TRT World Citizen Youth Award, TRT World Citizen of the Year Award dan TRT World Citizen Lifetime Achievement Award.

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Sam. Semoga anugerah ini menjadi pembakar semangat kepada guru-guru yang lain untuk memberikan yang terbaik kepada anak murid masing-masing dan berpeluang merangkul anugerah yang sama.

BACA: Seorang Lelaki Maut Dalam Insiden Tanah Runtuh Di Kampung Raja, Cameron Highlands

Sumber: TRT World

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.