Siakap Keli
Kredit: Instagram

Tak Gembira Cuti Paterniti Cuma Seminggu, Lelaki Nekad Berhenti Kerja Untuk Luang Masa Dengan Anak

Tak Gembira Cuti Paterniti Cuma Seminggu, Lelaki Nekad Berhenti Kerja Untuk Luang Masa Dengan Anak

Seorang lelaki nekad meninggalkan pekerjaan yang menawarkan gaji tinggi beberapa hari sebelum kelahiran anak perempuan dan kisahnya telah menjadi tular di media sosial.

Ankit Joshi, graduan daripada Indian Institute of Technology (IIT) Kharagpur, berkata keputusan itu diambil kerana mahu menghabiskan lebih banyak masa dengan anak perempuannya. Beberapa gambar yang menampilkan keluarganya telah dikongsikan di laman Instagram milik Humans of Bombay dan kisah mereka telah meraih banyak perhatian.

Kredit: Instagram

Ankit Joshi berhenti daripada pekerjaannya yang menawarkan gaji besar, beberapa hari sebelum kelahiran anaknya. Ketika itu, ramai berpandangan bahawa kehidupannya bakal menjadi sukar, bagaimanapun keputusan itu dikatakan mendapat sokongan penuh daripada isterinya, Akansha.

Menurut Joshi, dia tidak begitu gembira dengan cuti paterniti selama seminggu yang diberikan oleh syarikatnya. Selain itu, pekerjaannya juga memerlukan dia bergerak dan melakukan perjalanan ke luar kawasan secara kerap, sekaligus akan mengehadkan masa bersama anak perempuannya.

“Beberapa hari sebelum kelahiran anak kami, saya telah berhenti daripada pekerjaan saya yang bergaji lumayan. Saya tahu ia merupakan keputusan yang agak gila. Orang lain berkata, ‘Awak tahukan hidup awak akan jadi lebih susah selepas ni?’

“Tetapi, isteri saya, Akansha akan sentiasa bersama saya dan itu sahaja sudah memadai,” kata Ankit. Mereka telah menamakan cahaya mata yang baru dilahirkan dengan nama Spiti, bersempena nama salah satu lembah di Himachal Pradesh.

Kredit: Instagram

“Semasa dalam perjalanan kami di Lembah Spiti di Himachal, saya dan Akansha berjanji akan menamkan anak yang bakal dilahirkan ini dengan nama ‘Spiti.’ Impian kami telah menjadi kenyataan pada bulan lepas ketika kami telah dikurniakan anak perempuan yang sangat comel ini.  Hati kami sangat gembira dan kehidupan kami menjadi sempurna,” dia menambah.

Kredit: Instagram

Dalam pada itu, reaksi warganet kelihatan agak bercampur baur selepas membaca kisah Ankit dan berkongsi pendapat mereka menerusi ruangan komen. Ada beberapa pengguna yang menyokong tindakan Ankit, ada juga yang merasakan Ankit boleh berbuat demikian kerana pernah memiliki gaji yang lumayan.

“Tinggalkan pekerjaan demi menjadi seorang bapa. Bang, saya kagum atas keputusan anda,” seorang pengguna menulis komen di ruanagan komen.

Manakala pengguna lain , “Ia merupakan satu penulisan yang bagus dan penuh dengan emosi…tetapi tidak semua dapat melakukannya.”

BACA:  Pilu Dapat Tahu Anak Bakal Buta, Ibu Ayah Tekad Bawa ‘Travel’ Keliling Dunia Sebagai Visual Terakhir

Sumber: India Today

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.