Siakap Keli
Kredit Twitter

Tuntut Gaji Setimpal, Ribuan Pekerja Berdemo Depan Kilang Iphone Terbesar Di Dunia

Polis China belasah pekerja buat bantahan dihadapan kilang iPhone

Protes tercetus di kilang pemasangan iPhone terbesar di dunia di Zhengzhou China pada Selasa lalu untuk menuntut pembayaran gaji seperti yang diiklankan oleh syarikat, lapor Mothership.

Video kejadian kekecohan itu tersebar luas di Twitter dan menunjukkan kumpulan pekerja dilihat sedang bertempur dengan polis tempatan yang memakai sut hazmat putih.

Menurut rakaman video itu, selepas berjaya merobohkan penghadang jalan, peserta bantahan yang marah kemudiannya bertindak ganas malah menggunakan objek untuk menyerang pasukan polis tempatan.

Walaupun pasukan polis lengkap dengan peralatan anti rusuhan bagi menangkis serangan peserta namun dengan kekuatan daripada jumlah peserta rusuhan itu memaksa polis untuk berundur.

Peserta rusuhan itu juga dilihat menggunakan objek seperti kerusi untuk merosakkan harta benda di sekitar kawasan bantahan tersebut.

Berdasarkan beberapa klip video lain, dalam usaha untuk membanteras rusuhan polis bahkan dilihat memukul peserta rusuhan tersebut dengan belantan supaya mereka berhenti.

Berdasarkan laporan The Guardian, bantahan yang bermula pada Selasa itu disebabkan oleh pekerja di kilang itu memaklumkan bahawa syarikat Foxconn telah menukar syarat gaji mereka tidak seperti yang di iklankan sebelum ini.

Menurut seorang pekerja Li Sanshan, dia berhenti di tempat kerja lamanya sebagai katering selepas melihat iklan kerja kosong yang menjanjikan gaji sebanyak 25,000 yuan untuk dua bulan bekerja.

Bahkan gaji yang ditawarkan syarikat itu dikatakan jauh melebihi gaji purata bagi jenis kerja di kawasan tersebut.

Namun, selepas pekerja tiba, syarikat berkata bahawa mereka perlu bekerja dua bulan tambahan dengan gaji yang lebih rendah untuk menerima 25,000 seperti yang di iklankan.

“Foxconn mengeluarkan tawaran merekrut yang sangat menarik dan ramai yang datang untuk berkerja dan mendapati mereka hanya diperbodohkan sahaja,” kata Li Sanshan.

Beberapa hari sebelum itu, media China melaporkan bahawa lebih daripada 100,000 orang telah mendaftar untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Pengambilan besar-besaran itu sebahagian daripada usaha yang dilakukan oleh kilang Foxconn di Zhengzhou untuk memenuhi kekangan bekalan.

Sumber: Mothership, The Guardian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.