Mungkin Ada Yang Belum Tahu, Akademi Pilihanraya SPR Kongsi “Step” Nak Tukar Tempat Mengundi
Seperti yang kita ketahui pada minggu lalu, Malaysia telah mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan melibatkan seluruh rakyat Malaysia yang diberikan pilihan memilih kerajaan baharu selepas Parlimen dibubarkan.
Sudah menjadi lumrah untuk mereka pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi.
Bagi mereka yang sudah tinggal dan bekerja di bandar. Mereka sudah tentu perlu merancang perjalanan dengan bijak untuk pulang ke kampung.
Bagaimanapun, kesesakan lalu lintas dan tempoh perjalanan yang panjang sememangnya memenatkan.
Disebabkan itu, jika anda sudah lama menetap di bandar, anda boleh menukar alamat tempat mengundi agar urusan mengundi lebih mudah.
Mungkin masih ramai yang belum tahu, tempat mengundi boleh ditukar dengan mudah menerusi beberapa cara.
Untuk mengetahuinya, mari kita ikuti perkongsian dari Akademi Pilihanraya Spr di bawah ini.
Kaedah Tukar Alamat Mengundi
Menerusi perkongsian tersebut, SPR berkata permohonan untuk menukar alamat mengundi boleh dilakukan dengan dua cara iaitu secara bersemuka dan dalam talian.
Tukar Alamat Kad Pengenalan (IC)
Pertama, anda perlu tahu bahawa lokasi pengundian seseorang individu itu tertakluk kepada alamat kad pengenalan (IC)
Oleh itu, jika individu itu mahu melakukan pengundian di tempat yang berbeza. Alamat IC hendaklah ditukar terlebih dahulu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Barulah langkah seterusnya boleh dilakukan. Hal ini kerana Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menggunakan maklumat berdasarkan kad pengenalan anda.
Mohon Pertukaran Alamat Di SPR
Langkah seterusnya barulah anda boleh membuat permohonan di SPR. Permohonan ini boleh dilakukan dengan dua cara sama ada bersemuka atau dalam talian di myspr.spr.gov.my.
Bagi permohonan atas talian, mereka yang tidak mempunyai akaun perlu mendaftar terlebih dahulu dan barulah boleh membuat pertukaran alamat mengundi.
Bagimanapun, anda dinasihatkan untuk tidak membuat pertukaran selepas pembubaran parlimen untuk mengelakkan maklumat anda belum sempat diproses.
@akademipilihanraya_spr #mengundi #hargasebuahdemokrasi #apayangandaperlutahu #tukartempatmengundi #tukaralamat #akademipilihanraya #pilihanraya #spr
♬ original sound – Akademi Pilihan Raya (APR) – Akademi Pilihan Raya (APR)
Sumber: TikTok akademipilihanraya_spr
BACA JUGA: Berpuluh Kali Cuba, ‘Filter’ 10 Saat Ni Jadi Trend Kat IG, Berpeluh Juga Nak Habiskan