NASA Ramal Manusia Boleh Tinggal Di Bulan Menjelang 2030
Manusia diramal mampu untuk tinggal di bulan dalam tempoh sedekad ini iaitu menjelang 2030, lapor Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).
Ketua Program Kapal Angkasa Bulan Orion, Howard Hu berkata kepada wartawan bahawa perkara itu adalah untuk menyokong misi Artemis.
Pelancaran roket pada Rabu lalu membawa kapsul Orian merupakan detik bersejarah dalam penerbangan angkasa oleh manusia.
“Ia adalah langkah pertama yang kami ambil untuk penerokaan angkasa lepas dalam jangka masa panjang, bukan sahaja untuk Amerika Syarikat malah dunia.
“Ia sukar dipercayai dan seolah-olah mimpi. Dan saya fikir ini adalah hari bersejarah untuk NASA namun juga hari bersejarah untuk semua orang yang meminati penerbangan dan penerokaan angkasa lepas.
“Kita akan kembali ke bulan, kita sedang berusaha ke arah program yang mampan dan ini adalah kenderaan yang akan membawa orang menjejakkan kaki ke bulan,” katanya.

Difahamkan, satelit Orian kini berada kira-kira 134,000 kilometer bersamaan 83,300 batu dari bulan.
Sekiranya pelancaran Artemis berjaya maka pelancaran seterusnya akan bersama dengan anak kapal. Dengan sistem yang berfungsi, misi ini ini dapat dijayakan dengan baik.
Beliau mengakui bahawa teruja melihat imej dan video yang terhasil daripada Orion memaparkan keindahan bulan.
Tambahnya, sebaik sahaja sistem Artemis selesai diuji dan dibuktikan, rancangan untuk manusia tinggal di bulan semakin menjadi realiti dalam dekad ini.
“Kami akan menghantar orang ke permukaan dan mereka akan tinggal di permukaan bulan untuk melakukan kajian. Ia sangat penting bagi kita untuk belajar di luar orbit bumi sebelum mengambil langkah yang lebih besar untuk pergi ke Marikh.
“Misi Artemis ini membolehkan kami mempunyai sistem yang mampan untuk mempelajari cara beroperasi di luar angkasa lepas,” katanya lagi.
Bagaimanapun, fasa yang paling kritikal (dibimbangkan) adalah sewaktu membawa pulang kapsul Orion itu kembali ke bumi dengan selamat.
Hal ini kerana, sewaktu memasuki astmosfera planet dengan kelajuan 38,000 kilometer (km) bersamaan 32 kali ganda kelajuan bunyi menjadikan bahagian bawahnya terdedah dengan suhu sekitar 3,000 darjah celsius.
Untuk pengetahuan kapsul Orion dijangka kembali semula ke bumi pada 11 Disember ini selepas dilancarkan.

Terdahulu, pelancaran roket setinggi 100 meter di Pusat Angkasa Kennedy merupakan misi Artemis 1 sebahagian daripada matlamat NASA membawa semula angkasawan ke satelit Bumi.
Pelancaran roket itu sudah dilaporkan beberapa kali gagal melakukan pelancaran sebelum ini termasuk pada Ogos dan September akibat masalah teknikal.
Tetapi ia akhirnya berjaya dilancarkan pada dua minggu lalu.
Sumber: BBC News