Siakap Keli
Kredit: Claverie/bioRxiv Via Daily Mail

Virus Purba Berusia 48,500 Tahun Dilapor Dihidupkan Semula

Virus Purba Berusia 48,500 Tahun Dilapor Dihidupkan Semula

Virus purba yang telah membeku di permafrost (tanah yang kekal beku walaupun semasa musim panas) Siberia selama 48,500 tahun dilapor telah dihidupkan semula di Rusia.

Memetik laporan Daily Mail, para saintis menyatakan bahawa ia merupakan antara tujuh jenis virus dalam permafrost yang telah dihidupkan semula selepas beribu-ribu tahun.

Dalam pada itu, virus tertua yang dikenali sebagai ‘Pandoravirus yedoma’ telah membeku selama 48,500 tahun manakala virus termuda pula adalah selama 27,000 tahun.

Kredit: Claverie/bioRxiv

Walaupun virus itu dianggap tiada risiko kepada manusia, para saintis telah memberi amaran bahawa virus lain yang mungkin terdedah kepada pencarian ais tersebut mampu memudaratkan dan menyebabkan berlakunya wabak baharu.

Sementara itu, spesimen virus yang berusia 48,500 tahun itu telah ditemui di permafrost iaitu 16 meter di bawah permukaan tasik di Yukechi Alas, Yakutia, Rusia.

Kesemua sembilan virus tersebut mempunyai keupayaan untuk menjangkiti organisma sel tunggal yang dikenali sebagai ameba.

Walau bagaimanapun, virus beku lain boleh menimbulkan ancaman serius kepada kehidupan tumbuhan dan haiwan, termasuk manusia.

Selain itu, kira-kira 65 peratus wilayah Rusia telah dikelaskan sebagai kawasan permafrost iaitu tanah yang sentiasa beku walaupun semasa musim panas.

Namun, akibat daripada peningkatan suhu yang disebabkan oleh pemanasan global, ia kini mula mencair dan melepaskan  objek yang telah dibekukan selama beribu-ribu tahun.

Menurut ahli virologi, Profesor Claverie mengatakan bahawa pembebasan bakteria hidup atau archaea yang kekal dalam kriptobiosis dalam permafrost selama berjuta-juta tahun berpotensi untuk memudaratkan kesihatan awam.

“Keadaan akan menjadi lebih buruk jika virus lama yang belum ditemui telah muncul semula dan menyebabkan penyakit pada tumbuhan, haiwan atau manusia,” jelas pihaknya.

Dalam pada itu, walaupun Artik mempunyai populasi penduduk yang berkurangan, namun ia dikatakan telah menerima kunjungan daripada orang ramai yang mahu melombong sumber seperti emas dan berlian.

Bagaimanapun, perlombongan yang dilakukan telah menanggalkan lapisan atas permafrost sekaligus berisiko mendedahkan virus tersebut kepada orang ramai.

Pencairan ais yang berlaku daripada Artik berpotensi untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai tanah yang subur bagi permulaan wabak baharu yang disebarkan oleh virus.

Sumber: Daily Mail

Farah Nabilah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.