Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi baru-baru ini digandingkan bersama untuk jenama terkenal, Louis Vuitton.
Dalam satu sesi gambar yang telah tersiar, kedua-duanya kelihatan bermain catur dan saling duduk menghadap antara satu sama lain.
Bagaimanapun, dalam rakaman di sebalik tabir yang dikeluarkan oleh pemilik akaun rasmi, Louis Vuitton mendedahkan kedua-duanya tidak hadir bersama ketika gambar tersebut diambil.
Justeru, gambar tersebut diambil secara asing sebelum diedit dan digabungkan sebelum disiarkan.

Malah dalam rakaman video tersebut juga, pihak Louis Vuitton mengambil peluang untuk menemu bual kedua-duanya sempena kejohanan Piala Dunia yang kelima dan terakhir mereka.
Kapten Argentina, Messi berkata, “Ini akan menjadi Piala Dunia kelima dan terakhir saya. Kemenangan yang paling tidak dapat saya lupakan ialah dipuji oleh rakyat Argentina. Ini adalah kemenangan terbesar bagi saya.
“Piala ini sangat penting selain merupakan anugerah terhebat dalam bola sepak. Ia berhak berada dalam pasukan terbaik daripada yang terbaik,” tambahnya.
Sementara itu, pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo berkata, “Ini akan menjadi Piala Dunia kelima saya, jadi saya rasa ia adalah satu pencapaian yang hebat,”
Menurut The Sun, kedua-duanya adalah pemain yang akan merebut gelaran ‘yang terhebat sepanjang zaman’ selama lebih sedekad.
Tidak dinafikan bahawa gambar yang menampilkan gabungan Messi dan Ronaldo ini telah menyebabkan media sosial ‘meletup’ ditambah lagi keterujaan peminat melihat gandingan tersebut.
Lebih menarik lagi, kedua-duanya turut meletakkan caption yang serupa dan dikongsikan pada laman Instagram masing-masing, @cristiano dan @leomessi.

Melihat kepada perlawanan FIFA sebelum ini, pasukan Argentina merekodkan 36 perlawanan tanpa kalah yang berlanjutan sehingga Julai 2019.
Malah, pasukan tersebut berharap untuk menjulang piala buat pertama kalinya sejak Diego Maradona membawa zaman kegemilangan pada tahun 1986.
Sementara itu, kelab Portugal pimpinan Ronaldo bukanlah salah satu pasukan yang dijangka menang, tetapi pasukan tersebut menampilkan pemain yang hebat-hebat belaka termasuklah Bruno Fernandes, Joao Felix, Bernardo Silva, Ruben Dias dan Rafael Laeo.

Sumber: The Sun