Siakap Keli
Zahid Hamidi Kongsi Kenangan Semasa PRU15

Zahid Hamidi Kongsi Kenangan Semasa PRU15, Jadi Imam Solat Jemaah

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkongsi satu klip video yang memaparkan kenangannya semasa Pilihan Raya Umum ke-15, baru-baru ini.

Video yang dikongsi melalui laman Twitter @DrZahidHamidi berjaya memperoleh 4,700 tontotan (setakat ditulis) memperlihatkan beliau sedang mengimami para jemaah ketika menunaikan solat di Masjid Al-Falah, Sungai Sumun, Perak.

Malah, dalam kenyataan di Twitter juga menyatakan beliau reda dan tawakal dengan segala keputusan yang ditentukan oleh rakyat. Hal ini kerana beliau sudah berusaha sebaik mungkin untuk pilihan raya kali ini.

Dalam kesempatan itu juga beliau turut mendoakan Malaysia agar terus cemerlang supaya generasi akan datang bakal dapat manfaat daripada usaha yang kita kekalkan sekarang.

“Klip video kenangan semasa #PRU15 selepas berusaha dan bertawakal kepada Allah kita terima apa pilihan rakyat.

“#Demikestabilandankemakmuran kita akan terus membina Malaysia yang lebih cemerlang untuk anak cucu kita kemudian hari,” kongsinya dalam laman Twitter.

Sumber: @DrZahidHamidi

 

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.