Pernah dengar? Kalau kita kongsi apa yang kita ada, pastinya rezeki kita akan menjadi lipat ganda ataupun kita terima sesuatu yang tidak disangka-sangka yang diturunkan daripada Yang Maha Esa.
Mungkin boleh jadi penyebab, rezeki bertambah disebabkan berkat sedekah kita rajin membantu orang ramai ataupun haiwan yang terdekat iaitu kucing, doa mereka diangkat ke langit.
Rata-rata rakyat Malaysia sangat sukakan haiwan, terutama sekali kucing sehingga ada yang membelanya untuk dijadikan sebagai peneman hidup di dunia. Tidak terkecuali kucing jalanan, apabila ternampaknya pasti akan dibelai dan diberi makan.
Sekiranya kucing itu terlihat seperti kelaparan, tidak salah untuk kita kongsi makanan. Siapa sangka, perbuatan yang dilihat kecil itu sebenarnya akan membantu menambah rezeki dalam hidup.
Hebatnya rezeki Allah bila kita bagi makan kucing
Seperti perkongsian @abuybun di Twitter, pemuda itu menceritakan pengalamannya apabila berkongsi rezeki bersama kucing dan telah mendapat balasan rezeki yang tidak disangka-sangka.

Dia menekankan betapa hebatnya rezeki Allah, sedangkan perbuatan yang dibuat hanyalah berkongsi rezeki dengan memberi makanan kepada haiwan berbulu itu.

Kisahnya bermula apabila dia singgah medan selera untuk makan selepas selesai tugasannya iaitu menghantar isterinya pergi kerja. Selepas itu, dia ternampak anak kucing dan seperti biasa tanpa segan silu dia memanggil kucing itu untuk memberi makanan dan kucing itu turuti permintaannya.

Ujarnya, dia selalu meletakkan makanan kucing dalam bakul motor sebagai persediaan sekiranya ternampak kucing jalanan. Usai memberi makan dia pergi meninggalkan kucing itu untuk mengisi minyak motornya. Secara tiba-tiba ada seorang mak cik memanggilnya, untuk isi minyak lebihan yang tinggal.

“Dik dik! Sini ada lebih, meh sini, tapi tak banyak,” kata makcik itu.
“Betul ke ni cik? Susah susah je, terima kasih cik,” ujar lelaki itu.

Tambah lelaki itu, mak cik itu guna aplikasi pengisian minyak Setel dan sekiranya minyak di tangki sudah penuh walaupun tidak capai liter yang ditetapkan baki itu akan dipulangkan balik.

Selepas baki yang tinggal diisi, lelaki itu mengeluarkan telefon bimbitnya untuk mengisi minyak motor disebabkan baki itu tidak mencukupi, namun tindakannya ditegah oleh mak cik itu dan menawarkan untuk membayar yang selebihnya.

Pada awalnya, dia menolak tetapi wanita itu tetap bertegas mahu menolong untuk membayarkan minyaknya. Namun pada akhirnya dia terima dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada makcik itu.
Pemuda itu menjelaskan dia hanya memberi kucing jalanan makan, tetapi Allah ‘pulangkan’ balik rezeki dengan orang lain pula yang menolongnya.
“Begitulah cerita aku pagi tadi. Yang aku nak tekan kan ialah hebatnya rezeki Allah itu.
“Aku bagi kucing tepi jalan makan, tak sampai 10 minit pun, Allah return balik rezeki tu. Benda ni la buat aku percaya rezeki Allah,” ujarnya dalam ciapan di Twitter.
Ikuti perkongsian penuh @abuybun di bawah ini.
Hebat nya rezeki Allah bila kita bagi makan kucing.
Cerita pagi ni, aku singgah foodcourt lepas hantar wife pg kerja. Lepas settle makan, pg ke motor nak balik. Ternampak kucing ni. Aku try la panggil macam nak bagi makan tu, dia datang.
Continue… pic.twitter.com/90DGwgCixk
— HasbullahSalleh😈 (@abuybun) November 2, 2022
Sumber: @abuybun via Twitter