Siakap Keli
lelaki rogol gadis buat sit-up
Kredit: NDTV

Disyaki ‘Sentuh’ Budak, Penduduk Hukum Lelaki Buat ‘Sit-up’ Lima Kali

Seorang lelaki hanya dihukum melakukan sit-up sebanyak lima kali atas dakwaan melakukan jenayah seksual terhadap seorang gadis berusia lima tahun dalam kejadian di Bihar, India baru-baru ini.

Menurut NDTV, suspek didakwa membawa kanak-kanak itu ke ladang ayamnya berserta janji akan memberikannya coklat sebagai ganjaran.

Namun apabila tiba di lokasi kejadian, suspek dikatakan tekad merogol mangsa.

Bagaimanapun, suspek berjaya ditangkap oleh penduduk kampung tetapi mereka bersepakat untuk tidak menyerahkannya kepada pihak berkuasa.

Malah, penduduk kampung sebaliknya memutuskan bahawa suspek tidak bersalah dan hanya menghukumnya kerana membawa mangsa ke tempat terpencil.

Sehubungan itu suspek hanya diarahkan untuk melakukan aksi sit-up sebanyak lima kali sebagai ‘hukuman’ atas kesalahan tersebut.

Aksinya yang melakukan sit-up berkenaan dirakam penduduk setempat sebelum tular di media sosial hingga meraih perhatian warganet.

Dihukum Lima Kali Sit-Up Lepas Rogol Gadis
Kredit: NDTV

‘cetus kemarahan warganet’

Video mengenai hukuman tersebut bagaimanapun telah mencetuskan kemarahan warganet di media sosial.

Ada yang menggelarnya sebagai bukti patriarki (lelaki berkuasa ke atas perempuan) dan mendakwa keadilan di pedalaman India (lokasi kejadian) sudah ‘dipesongkan’.

Difahamkan para pengguna media sosial telah mengajukan video tersebut kepada Ketua Menteri Bihar, Nitish Kumar dan timbalannya, Tejashwi Yadav untuk mengetahui sama ada penguatkuasaan mereka akan membenarkan suspek tersebut dihukum atau tidak.

Sementara itu, jurucakap polis, Superintendan Gaurav Mangla berkata bahawa First Information Report (FIR) telah didaftarkan dan tindakan akan diambil terhadap suspek.

Tambahnya lagi, pihak polis juga sedang menyiasat penduduk yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Sumber: NDTV

 

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.