KUALA LUMPUR, 29 NOVEMBER 2022 – KFC datang menyerang dengan variasi hidangan Kepci FC baharu untuk meraikan perlawanan sukan yang amat ditunggu-tunggu dan musim keraian hujung tahun.
Sebagai permulaan, Kepci FC memperkenalkan KFC Spicy Cheese Crunch baharu untuk waktu terhad di mana ayam Hot & Spicy digoreng sehingga perang keemasan dan disalut dengan gabungan serbuk keju dan rempah cili untuk memberikan rasa pedas membakar semangat!
Perisa berkeju baharu ini juga boleh didapati dalam bentuk burger – KFC Spicy Cheese Burger yang diperbuat menggunakan filet Zinger rangup yang disaluti campuran serbuk Spicy Cheese, kemudian dilengkapi dengan sos mayo Spicy Cheese, lapisan salad cincang segar lalu diapiti ban bijan bakar.
Turut ada dalam menu Kepci FC adalah Bucket Dipidap yang mengandungi hidangan-hidangan sampingan kegemaran KFC termasuk Spicy Nuggets baharu dan beberapa sos pencicah yang bersesuaian dikongsi bersama rakan dan keluarga.
“Di KFC, kami sentiasa ingin menggembirakan peminat kami dengan produk baharu yang sedap hingga menjilat jari. Terdapat pelbagai keraian pada hujung tahun termasuk upacara sukan, dan untuk meraikannya kami telah mencipta beberapa produk yang sesuai untuk dimakan bersama-sama rakan dan keluarga. Kami berharap para peminat menikmati produk baharu sambil menyorak pasukan kegemaran atau ketika lepak bersahaja,” kata Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.
Sambut musim ini sepenuh jiwa dengan Kepci FC kerana Spicy Cheese Crunch dan Burger, dan Bucket Dipidap boleh didapati sekarang di restoran KFC seluruh negara! Bermula RM12.99, Spicy Cheese Burger boleh didapati secara a la carte dan Kombo, sementara Spicy Cheese Crunch boleh didapati dalam Kombo 2-ketul dan 3-ketul. Jangan risau, anda juga boleh menikmati kedua-dua ayam goreng dan burger dengan Box Meal!
Pada waktu yang sama, Holiday Bucket dengan Shrimp Nuggets – ketulan udang empuk dan lazat yang disaluti serbuk roti lalu digoreng sempurna sehingga perang keemasan, juga boleh didapati untuk waktu terhad. Holiday Bucket boleh didapati dalam Kombo 6-ketul, 10-ketul, dan 12-ketul, sementara Shrimp Nuggets juga boleh didapati secara a la carte.
Dapatkan kesemuanya di restoran, pandu lalu, Penghantaran, dan Self Collect. Layari www.KFC.com.my atau muat turun aplikasi KFC baharu untuk membuat pesanan.