Siakap Keli
Penyanyi Meninggal Beberapa Jam Selepas Kahwin
Kredit: Jake Flint | Facebook

Penyanyi, Jake Flint Meninggal Dunia Beberapa Jam Selepas Kahwin

Seorang penyanyi disahkan meninggal dunia hanya beberapa jam selepas melangsungkan perkahwinannya di US pada Sabtu baru-baru ini, lapor New York Post.

Menurut laporan daripada Oklahoman, penyanyi berkenaan, Jake Flint berusia 37 tahun dikatakan telah meninggal dunia semasa dalam tidurnya.

Bagaimanapun berita tentang kematian Jake Flint ini turut dikongsikan oleh pengurusanya, Brenda Cline di laman sosial dengan berkata, “Dengan rasa sedih saya mengumumkan bahawa Jake Flint telah meninggal dunia secara tragis.

Ekoran daripada itu, ramai peminat Flint yang menyampaikan kiriman takziah kepada keluarganya yang ditinggalkan di ruangan komen.

Penyanyi Meninggal Beberapa Jam Selepas Kahwin
Kredit: Ole Jacob Flint | Facebook

‘…sepatutnya ambil gambar perkahwinan sebaliknya saya perlu pilih baju untuk kebumikan suami saya’

Sementara itu, isteri mangsa, Brenda Flint menyiarkan video perkahwinan mereka yang menunjukkan aksi mesra dan romantis yang dikongsi bersama. Dalam catatan susulan, Brenda berkongsi perasaan sedih dan sakit yang dirasanya.

“Kami sepatutnya mengambil gambar perkahwinan tetapi sebaliknya saya perlu memilih baju untuk mengebumikan suami saya. Orang ramai sepatutunya tidak merasakan kesakitan ini.

“Hati saya sudah tiada, saya perlukan dia untuk kembali. Tak minta banyak, cukup ada dia di sini,” luahnya.

Menurut New York Post, pengurus penyanyi itu bersedia apabila Flint telah dijadualkan untuk membuat beberapa persembahan besar di Oklahoma dan Arkansas bermula 2 Disember sehingga Mei 2023.

“Saya sangat menyayanginya seperti seorang anak lelaki. Dia artis paling kelakar, rajin bekerja dan berdedikasi yang pernah bekerja dengan saya.

“Kami baru sahaja hendak memulakan perniagaan bersama selepas dia berkahwin dengan Brenda -semalam. Ya, semalam,” kata Cline.

Penyanyi Meninggal Beberapa Jam Selepas Kahwin
Kredit: Jake Flint | Facebook

‘terkenal dengan lagu hitz’

Menurut New York Post, Flint terkenal dengan lagu-lagu hit seperti lagu “Hurry Up and Wait,” “Long Road Back Home,” “What’s Your Name?” dan “Cowtown.”

“Jake mempunyai ramai kawan dan saya tidak pasti bagaimana semua orang akan menghadapi kehilangan tragis ini. Kami memerlukan doa.

“Tolong doakan isteri baharunya, Brenda, ibu Jake, kakaknya dan seluruh ahli keluarganya serta rakan-rakannya,” tambah Cline.

Tambahnya lagi, peristiwa tersebut merupakan ‘kisah yang sangat sukar’ bagi ramai orang. Malah, pengurusnya turut mengakui bahawa ramai yang menyayangi Flint.

Sementara itu, wakil publisiti Flint, Clif Doyal memberitahu Oklahoman bahawa dia adalah ‘duta’ untuk muzik Oklahoma Red Dirt.

Sumber: New York Post

 

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.