Siakap Keli
Bunga Mekar Satu Malam Setahun
Kredit: Guifeng Zhang | Nature Lovers

Digelar ‘Queen of the Night’, Bunga Ini Hanya Mekar Satu Malam Saja Dalam Masa Setahun

Tahukah anda, wujud sejenis bunga unik yang digelar Queen of the Night, iaitu bunga ini hanya mekar satu malam sahaja dalam masa setahun.

Epiphyllum Oxypetalum merupakan spesies kaktus popular yang terkenal kerana menghasilkan bunga putih yang besar, wangi dan paling menarik, ia hanya mekar satu malam sahaja dalam setahun.

Menurut Oddity Central, Queen of the Night hanyalah nama panggilan yang diberikan kepada spesies ini kerana ia dikatakan sesuai dengan ciri-cirinya.

Hal ini kerana bunga tersebut tidak sama dengan bunga-bunga yang lain, misalnya Night-Blooming Cereus yang juga mekar pada waktu malam, menghasilkan bunga besar dan wangi selama beberapa minggu.

Namun, keunikan Epiphyllum Oxypetalum adalah ia hanya mekar satu malam dalam beberapa jam sahaja dengan ciri kelopak berlilin yang besar. Difahamkan bunga tersebut akan layu sebelum matahari terbit.

Keistimewaan secara semulajadi dimilikinya telah menarik ramai peminat bunga untuk ke Mexico, Amerika Tengah dan Antilles bagi menyaksikan kemekarannya depan mata.

Bunga Mekar Satu Malam Setahun
Kredit: T House Production

Tambah Oddity Central lagi, mekarnya Queen of the Night adalah peristiwa yang jarang berlaku sehingga mana-mana pemilik bunga ini akan menganggap diri mereka bertuah kerana dapat menyaksikannya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Bagaimanapun, ada yang tidak pernah melihat pendebungaan itu walaupun telah menanamnya selama bertahun-tahun.

Malah, proses pendebungaan bunga tersebut adalah sesuatu yang sukar untuk dijangkakan tetapi menurut sumber lain, ia dipercayai akan mekar pada malam musim bunga atau musim panas.

Tambahan pula, ada sumber yang mendakwa bunga itu akan mekar pada malam bulan purnama atau sekitar waktu tersebut, manakala ada juga yang mendakwa bunga itu akan mekar selepas hujan lebat.

Bunga Mekar Satu Malam Setahun
Kredit: Imuzak

Lebih menarik lagi, bunga tersebut juga dikategorikan sebagai bunga yang dipercayai paling harum di dunia yang dikatakan mampu ‘menenggelamkan’ udara di sekelilingnya (dek bau yang kuat).

Tetapi, bau tersebut hanya bertahan satu atau dua jam selepas ia mekar sahaja. Malah, ada yang mengatakan bau bunga itu sukar untuk difahami dan sering dibandingkan dengan bunga magnolia dan gardenia.

Epiphyllum Oxypetalum dilihat seperti kaktus berbatang gergasi yang menjalar di tanah atau tumbuh tinggi dengan sokongan. Tetapi, untuk satu malam dalam setahun, semua bunganya akan terbuka pada masa yang sama dan bertukar menjadi Queen of the Night.

Tetapi, sehingga kini para saintis tidak dapat menemukan sebab mengapa bunga ini hanya mekar satu malam sahaja dalam tempoh setahun.

 

Sumber: Odditycentral

 

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: