Dilengkapi Teknologi Terbaru, Ramai Tak Tahu Bola Piala Dunia Qatar Kena “Charge” Sebelum Guna
Seiring dengan berlalunya masa, teknologi telah tersebar luas dalam pelbagai bidang termasuk juga dalam sukan. Justeru penaja rasmi bola bagi Piala Dunia Qatar 2022, Adidas dan FIFA telah menekankan penggunaan teknologi terbaru dalam musim pada kali ini.
Adidas selaku penaja rasmi telah memperkenalkan bola sepak berteknologi tinggi yang dipanggil Al Rihla dan mempunyai ciri sensor seberat 14 gram di dalamnya. Sensor itu boleh dikesan berdasarkan masa dan titik pin lokasi pada bila-bila masa dalam perlawanan.
Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular
Ini membolehkan lokasi bola boleh dijejaki setepat yang mungkin apabila untuk menilai kepada jaringan gol, offsides dan lain-lain lagi. Sensor itu terbukti sebagai sebuah alat yang berguna bagi membantu kepada Video Assistant Referee atau VAR.
Sebelum ini peminat pernah mempersoalkan mengapa bola yang digunakan dalam Piala Dunia pada kali ini perlu dicas sebelum perlawanan bermula. Jawapan bagi persoalan itu adalah disebabkan sensor didalamnya hanya dikuasakan dengan bateri kecil yang bertahan sekitar enam jam penggunaan aktif.
The balls used in worldcup are being charged because the ball has a 3D sensor inside to determine offsides. pic.twitter.com/g6lmd9Y2rF
— Rezwin (@_Goatinho) November 30, 2022
Sensor seberat 14 gram itu dibangunkan dan dikeluarkan oleh KINEXON dan pengasas bersama mereka Maximilian Schmidt. Mereka juga turut menerangkan bagaimana ia berfungsi malah ianya boleh menerima impak pada kadar 50 kali sesaat.
“Data dihantar pada masa ke semasa daripada sensor seterusnya kepada ‘positioning system’ (LPS), yang melibatkan persediaan antena rangkaian yang dipasang pada sekitar padang permainan. Ianya kemudian akan menyimpan dan mengambil data bagi kegunaan segera.
World Cup balls are being charged with electricity before Matchs start#FIFAWorldCup pic.twitter.com/kdrnxsLhh8
— Kick (@Kick0fficial) November 25, 2022
Apabila bola keluar dari padang semasa perlawanan, bola baharu akan dibaling atau dimasukkan untuk menggantikannya, maka sistem sokongan KINEXON secara automatik beralih kepada input data bola yang baharu tanpa campur tangan manusia,” kongsi Schmidt.
Sumber: Marca