Jawatan Timbalan Menteri Tidak Disenaraikan
Pengumuman senarai jemaah Menteri kabinet kerajaan perpaduan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi menyaksikan tiada sebarang pengumuman jawatan bagi Timbalan Menteri diumumkan.
Menurut Anwar Ibrahim dalam ucapan pengumuman khas sebentar tadi, beliau berkata pengumuman senarai nama Timbalan Menteri akan diberitahu kemudian.
Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular
Pengumuman yang dibuat pada jam 8.15 malam tadi menyaksikan senarai 28 Menteri yang dilantik datang daripada beberapa campuran komponen parti antara Pakatan Harapan, Barisan Nasional, GRS dan GPS.
Sebelum ini Anwar Ibrahim pernah menjanjikan untuk mengurang dan mengecilkan saiz Kabinet daripada 31 orang ketika pentadbiran yang terdahulu kepada 28 Jemaah Menteri sahaja bagi penggal kali ini.
Sumber: Astro Awani