Netizen Kaitkan Aksi Perlawanan Pasukan Jepun Dengan Siri Anime Manga Terkenal
Susulan kemenangan yang dicatatkan pasukan bola sepak Jepun ke atas Sepanyol malam tadi dengan jaringan gol 2-1, pengguna media sosial telah menyiarkan ‘meme’ yang berkait dengan karikatur dari komik, anime dan permainan (ACG) bagi meraikan kemenangan tersebut.
Pasukan Jepun yang mempunyai julukan nama sebagai Samurai Blue telah menumpaskan pasukan Jerman dalam perlawanan pada 23 November lalu sebelum tumpas kepada pasukan Costa Rica dalam perlawanan pada 27 November lalu.
Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular
Menurut laporan Mothership, ramai netizen mengaitkan kemenangan itu dengan siri manga bola sepak yang bertajuk “Blue Lock” yang ditulis oleh Muneyuki Kaneshiro dan dilukis oleh Yusuke Nomura pada 2018 lalu.
Siri manga itu dikatakan berdasarkan perlawanan Piala Dunia FIFA 2018 yang lalu, di mana Jepun menamatkan saingan berada di tempat ke-16 terbaik. Siri anime tersebut telah ditayangkan baru-baru ini pada Oktober 2022.
Seorang pengguna Twitter @NezukoSocial telah membandingkan satu adegan di mana watak “Blue Lock” Rensuke Kunigami menjaringkan gol pertama bagi pasukannya.
Listen, I may be Spanish, but did Japan actually just go full ass Blue Lock??
⚽ BLUE LOCK IS REAL ! pic.twitter.com/eRQvHzqoQY
— Pochita (@NezukoSocial) December 1, 2022
Adegan daripada anime berkenaan menggambarkan pasukan protagons menjaringkan gol ke atas lawan mereka, dengan watak anime itu juga berambut perang. Ianya mempunyai persamaan yang sangat ketara dengan pemain bola sepak Jepun Ritsu Doan.
Selepas Doan menjaringkan gol pertama bagi pasukannya menentang Sepanyol semalam. Giliran rakan sepasukannya Ao Tanaka pula berjaya menjaringkan gol kedua dan seterusnya memenangi perlawanan tersebut semalam.
Meme anime lain turut digunakan seperti Jinpachi Ego sambil menulis dan membayangkan bahawa kemenangan Jepun akan berpotensi meningkatkan hasil jualan manga di negara itu.
Blue lock mangaka watchin his sales skyrocket after every Japan game pic.twitter.com/lcATMGP5wt
— x11 (@knownas11) November 23, 2022
Peminat bola sepak Jepun telah meraikan sambutan berikutan kemenangan negara mereka ke atas Sepanyol malam tadi, seperti yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter.
AND JAPAN HAVE DONE IT!! Against all odds they go through the group of death as group winners!!! pic.twitter.com/2odgF6FlQn
— Gearoid Reidy リーディー・ガロウド (@GearoidReidy) December 1, 2022
Selain itu, pemilik Twitter Elon Musk juga turut membuat ciapan ucapan tahniah kepada pasukan Jepun di Twitter miliknya.
🇯🇵🇯🇵 Congratulations Japan! 🇯🇵🇯🇵https://t.co/WfqWIJMNGI
— Elon Musk (@elonmusk) December 1, 2022
Sumber: Mothership