Siakap Keli
Kredit Daily Mail

Sidang Parlimen Senegal Kecoh, Wakil Rakyat Bertumbuk Sesama Sendiri

Sidang Parlimen Senegal Kecoh, Wakil Rakyat Bertumbuk Sesama Sendiri

Pergaduhan dilaporkan tercetus di sidang Parlimen Senegal pada Khamis lalu selepas seorang ahli parlimen pembangkang memukul kepala ahli parlimen wanita lain kerana bertindak tidak sopan, lapor Daily Mail.

Insiden kejadian pergaduhan tersebut berjaya dirakam dan disiarkan di televisyen. Pergaduhan itu juga dikatakan berlaku kerana persengketaan antara ahli politik parti pemerintah dan pembangkang.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Semasa sidang pembentangan bajet, ahli parlimen pembangkang Massata Samb telah menghampiri Amy Ndiaye Gniby wakil rakyat dari gabungan pemerintah Benno Bokk Yakaar (BBY) sebelum tercetusnya pergaduhan tersebut.

Sesi persidangan itu pada akhirnya digantung kerana telah bertukar menjadi kekecohan dengan pergaduhan, penghinaan dan tuduhan.

Ketegangan semakin meruncing antara ahli politik pemerintah dan pembangkang sejak pilihan raya pada Julai lalu.

Keputusan telah menunjukkan parti pemerintah kehilangan majoriti selesa. Dirosakkan oleh kebimbangan terhadap Presiden Macky yang memohon untuk bertanding penggal ketiganya pada 2024.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Presiden Macky, 60, enggan menyatakan dengan jelas sama ada beliau bercadang untuk bertanding bagi penggal ketiga nanti. Jika beliau bertanding maka tindakan itu dikatakan oleh pembangkang sebagai melanggar terma had penggal dan janji terdahulu.

Penyokong Macky berhujah bahawa reformasi perlembagaan menetapkan semula tempoh itu dan membolehkan beliau bertanding semula.

Wakil rakyat Massata Samb pada hari Khamis berucap di perhimpunan mengenai komen yang dibuat Amy Ndiaye Gniby pada hujung minggu lalu di mana dia bercakap akan menentang Presiden Macky bagi penggal ketiganya.

“Tuan presiden, seorang timbalan telah berdiri di hadapan tribun ini untuk menghina seorang pemimpin,” kata Massata Samb.

Kredit Daily Mail
Kredit Daily Mail

Media tempatan melaporkan bahawa Massata Samb mendakwa kenyataan yang diberikan itu sebagai “tidak sopan”.

Amy Ndiaye Gniby kemudiannya mengejek komennya dan menyatakan bahawa dia tidak peduli. Massata yang berang menghentikan ucapannya dan bergegas menghampirinya.

Rakaman pergaduhan itu telah dikongsi secara meluas di media sosial dan mencetuskan perdebatan meluas mengenai keganasan terhadap wanita.

Sumber: Daily Mail

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.