Siakap Keli
Kredit BERNAMA

Ucapan Tahniah Atas Pelantikan Kabinet Kerajaan Perpaduan

Ucapan tahniah atas pelantikan kabinet Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) — Beberapa ahli politik menzahirkan ucapan tahniah kepada barisan Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diumumkan hari ini.

Antaranya, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengucapkan selamat maju jaya kepada ahli-ahli Kabinet yang akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, esok.

“Sentiasa lakukan yang terbaik dan berikan segalanya untuk rakyat dan Malaysia yang kita cintai. Biar kita bekerjasama untuk Malaysia yang lebih baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, malam ini

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Selain itu, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, turut mengucapkan tahniah kepada penggantinya, Dr Zaliha Mustafa.

“Semoga berjaya dan terus berjuang untuk sistem kesihatan awam yang cemerlang dan mendapat peruntukan yang setimpal dengan usaha gigih warga KKM (Kementerian Kesihatan). ‘All the best’,” katanya di Twitter rasminya.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali turut merakamkan ucapan tahniah kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada (Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)) Datuk Seri Fadillah Yusof yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri  merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi,” katanya menerusi laman Facebooknya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada seluruh anggota Jemaah Menteri Perpaduan Malaysia’.

“Semoga anggota Jemaah Menteri yang dibentuk ini dapat memperkukuh perpaduan, demi kemajuan Malaysia,” katanya.

Anwar hari ini mengumumkan pelantikan dua Timbalan Perdana Menteri serta 28 ahli Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.