Siakap Keli
Lima Bahaya Baby Walker
Kredit: hellodoktor

Lima Bahaya ‘Baby Walker’ Yang Patut Ibu Bapa Tahu Sebelum Beli

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak dinafikan keterujaan ibu bapa apabila si kecil sudah pandai untuk melangkah apatah lagi kalau mula berjalan. Malah saat-saat sedemikian mesti menjadi detik terindah kepada mereka.

Jika saat tersebut sempat dirakam melalui telefon atau sebagainya, sudah pasti ia menjadi kenangan terindah di mana ia merakamkan semua proses tumbesaran si kecil daripada baring, merangkak dan seterusnya berjalan.

Malah dalam membantu proses si kecil berjalan, alat bantuan berjalan juga dipercayai mungkin boleh membantu mengukuhkan struktur kakinya supaya dapat mengimbangi badannya terlebih dahulu.

Tetapi, pendekatan sesuatu kemudahan kepada si kecil pasti ada baik dan buruknya. Misalnya dalam perkongsian Hello Doktor, sebenarnya baby walker ada kesan buruknya dan ini mungkin ramai ibu bapa terlepas pandang, kan?

Oleh itu, ikuti perkongsian daripada Hello Doktor di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kelemahan penggunaan baby walker tanpa kita sedari.

Lima Bahaya ‘Baby Walker’ Yang Patut Ibu Bapa Tahu Sebelum Beli

Kesemua ibu bapa pasti mahukan si kecil mereka boleh mula berjalan dengan cepat bukan?

Disebabkan itu, pelbagai kaedah digunakan oleh ibu bapa untuk membantu bayi mereka belajar berjalan.

Antara kaedah yang paling terkenal adalah penggunaan baby walker.

Mungkin ramai juga yang tidak tahu bahawa di sebaliknya, penggunaan alat ini sebenarnya boleh mendatangkan bahaya yang tidak disedari oleh ibu bapa sendiri.

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk mengetahuinya!

Adakah benar baby walker boleh membantu bayi belajar berjalan?

Sebelum itu, ibu bapa perlu tahu mengenai kenyataan ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, baby walker direka untuk membantu bayi yang masih belum boleh berjalan agar mereka boleh bergerak.

Namun demikian, alat ini sebenarnya akan bergerak tanpa kawalan pada empat roda di bawahnya dan bukannya dengan kaki si kecil anda.

Selain itu, memaksa bayi berjalan sebelum sampai waktu yang ideal boleh mengakibatkan pelbagai mudarat berbanding manfaat.

Ini kerana bayi perlu mula belajar berjalan apabila otot dan keseimbangan badannya sudah cukup kuat!

Penggunaan baby walker pula akan membuatkan kaki si kecil menjadi lebih lemah kerana motor kasar mereka tidak terlatih sepenuhnya.

Dalam pada itu lagi, terdapat banyak bahaya penggunaan baby walker, antaranya:

Lima Bahaya Baby Walker
Gambar hiasan | Kredit: hellodoktor

1. Ia boleh sebabkan bayi jatuh tangga

Ini merupakan bahaya paling utama yang kerap berlaku pada bayi.

Kejadian ini lebih berisiko terutamanya jika kediaman anda mempunyai beberapa tingkat dan si kecil pula menggunakan baby walker tanpa pengawasan yang rapi daripada anda.

Paling menakutkan, ia boleh mengakibatkan patah pada tulang dan kecederaan pada bahagian kepala!

2. Ia boleh jadi punca melecur atau terbakar

Dengan penggunaan baby walker, si kecil akan lebih mudah untuk mencapai apa yang mereka mahu.

Sebagai contoh, mereka mungkin akan mencapai lapik meja yang menempatkan air panas di atasnya lalu menyebabkan ia tertumpah pada bayi anda.

Selain itu juga, mereka mungkin akan mencapai dapur, radiator atau pendiangan yang boleh menyebabkan kulit si kecil kesayangan anda melecur atau terbakar.

3. Baby walker boleh jadi punca keracunan

Selain itu juga, si kecil anda bersama baby walker mereka akan lebih mudah mencapai benda-benda yang biasanya disorok di dalam kabinet seperti ubat-ubatan atau sabun pencuci.

Ia kemudiannya akan menyebabkan mereka mengalami keracunan jika mereka tertelan atau terdedah kepada benda-benda berbahaya ini.

4. Ia boleh sebabkan bayi lemas

Penggunaan baby walker di kawasan yang tidak sesuai dan selain daripada dalam rumah seperti kawasan kolam renang kediaman anda adalah sangat berbahaya.

Ini kerana si kecil anda yang masih tidak mengenali bahaya mungkin boleh terjatuh ke dalam kolam renang itu lalu lemas.

Ia boleh terjadi meskipun dalam pengawasan anda kerana mereka masih mampu untuk mengawal alat berbahaya itu.

Lima Bahaya Baby Walker
Gambar hiasan | Kredit: hellodoktor

5. Kemalangan jalan raya

Disebabkan baby walker mudah dibawa ke mana-mana, anda mungkin akan membawanya untuk membantu si kecil anda berjalan-jalan di luar rumah.

Ia sebenarnya merupakan perbuatan yang bahaya kerana dengan sekelip mata sahaja si kecil anda mungkin sudah sampai ke kawasan jalan raya.

Ini boleh menyebabkan kemalangan kepada mereka atau individu lain yang cuba mengelaknya!

Ibu bapa, ketahuilah bahawa ia adalah alatan yang berbahaya!

Menurut Gary A. Smith, Pengarah Pusat Kajian Kecederaan dan Polisi Hospital Kanak-kanak yang bertempat di Amerika Syarikat, penggunakan baby walker adalah berbahaya kerana ia memberi mobiliti kepada bayi sebelum mereka mampu mengawal mobiliti seperti itu.

Bayi yang menggunakan baby walker juga mampu mencecah kelajuan sehingga empat kaki dalam masa satu saat. Disebabkan mereka penuh dengan sifat ingin tahu yang tinggi, mereka tidak kenal akan bahaya.

Konklusinya, terdapat banyak bahaya baby walker buat si kecil anda.

Sebaiknya, anda perlu bersabar dengan perkembangan bayi anda dan biarkan fizikal dan mental mereka sendiri bersedia untuk mula belajar berjalan.

Sumber: hellodoktor

 

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.