Identiti seorang lelaki yang dipercayai berkahwin dengan enam isteri akhirnya terbongkar apabila salah seorang adik iparnya melihat dia bersama wanita lain di stesen kereta api dalam kejadian di India baru-baru ini, lapor India Times.
Helah lelaki tersebut yang berasal dari Kampung Javatari ‘terkantoi’ apabila adik salah seorang isterinya (Mandu), iaitu Vikas yang tiba di stesen kereta api Jamui pada petang Isnin untuk pergi ke Kolkata terjumpa dengannya bersama beberapa wanita lain.
Menurut India Times, ibu mertuanya, Kobia Devi dan juga ibu kepada Mandu memaklumkan kepada pihak polis bahawa anak perempuan mereka telah berkahwin dengan lelaki berkenaan pada 2018 dan kini mempunyai dua orang anak.
Difahamkan, lelaki itu telah meninggalkan rumah mereka kira-kira setahun setengah yang lalu dengan alasan untuk mendapatkan rawatan tetapi hakikatnya dia tidak pernah kembali sehingga kini.
“Kakak saya telah menunggu begitu lama, tetapi dia (lelaki tersebut) memanggil wanita itu (yang dilihat di stesen kereta api) sebagai isterinya,” dakwa Vikas.
Sementara itu, ibu mertuanya yang marah akibat ditipu turut mendakwa, “Dia telah menipu kami. Dia juga berkahwin dengan Kalvati Devi, seorang penduduk Ranchi dan mempunyai empat orang anak,”

Tidak hanya itu, lelaki terbabit juga dilapor turut mempunyai anak dengan isteri-isteri lain iaitu Chinawaria, Sunderkand, Ranchi, Sangrampur, Delhi dan Deoghar.
Maka secara tidak langsung, dia telah mempunyai anak daripada tujuh keluarga yang berbeza.
“Ke mana sahaja dia pergi untuk membuat persembahan, dia akan berkahwin dengan wanita tempatan (di tempat itu) untuk menghiburkan mereka dengan nyanyian.
“Prosedur standardnya ialah menceraikan seorang wanita sebelum menjalinkan hubungan dengan wanita lain,” dakwa Vikas.
Bagaimanapun, lelaki yang bekerja sebagai penyanyi itu mengaku kepada pihak polis bahawa dia mempunyai enam isteri dari empat negeri berbeza.
Menurut sumber polis, orang yang memfailkan aduan tersebut adalah keluarga isteri keduanya dan polis akan menyiasat jika ada aduan lain yang pernah dibuat.
Sumber: India Times