Siakap Keli
Gambar: Bernama

Amaran Hujan Berterusan Di Kelantan, Terengganu Bermula 7 Disember

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di dua negeri bermula 7 hingga 9 Dis.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan hujan berterusan diramalkan berlaku di Terengganu dan beberapa daerah di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan.

Sumber: Bernama

Farah Nabilah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.