Kesatuan Eropah Haramkan Import Produk Penyebab Penebangan Hutan
Kesatuan Eropah pada Selasa telah mencapai persetujuan untuk mengharamkan pengimportan beberapa produk yang dianggap sebagai “penyebab penebangan hutan”, kata Suruhanjaya Eropah.
“Undang-undang baharu akan memastikan satu set barangan utama yang diletakkan di pasaran (Kesatuan Eropah) tidak lagi menyumbang kepada penebangan hutan dan degradasi hutan di EU dan tempat lain di dunia.
“Apabila peraturan baharu itu berkuat kuasa, semua syarikat berkaitan perlu menjalankan tanggungjawab yang ketat jika mereka ingin berada dalam pasaran Kesatuan Eropah,” kata suruhanjaya itu sambil memuji keputusan negara anggota blok itu dan Parlimen EU Parlimen.
Senarai produk yang diharamkan adalah termasuk minyak sawit, lembu, soya, kopi, koko, kayu dan getah yang telah dikenal pasti sebagai “penyebab penebangan hutan” jika ia berasal dari kawasan pertanian yang diteroka selepas Disember 2020.
Syarikat pengimport perlu menunjukkan bahawa produk mereka bebas daripada penebangan hutan dan tertakluk kepada pembuktian “maklumat geografi yang tepat mengenai tanah ladang” dari mana sumber komodoti tersebut datang.
Menurut Pengerusi Parlimen dan Jawatakuasa Alam Sekitar Eropah, Pascal Canfin, undang-undang itu adalah yang pertama seumpamanya digubal di dunia.
EU sebelum ini mencadangkan peraturan tersebut pada November 2021 dan sebaik sahaja kemaskini dibuat secara rasmi dan dilaksanakan, peniaga mempunyai 18 bulan untuk melaksanakan perintah tersebut.
Sumber: AFP