Siakap Keli
Gambar: Bernama

Rundingan Terus Projek Tebatan Banjir Yang Perlu Disegerakan Bukan Satu Kesalahan – Tuan Ibrahim

Rundingan Terus Projek Tebatan Banjir Yang Perlu Disegerakan Bukan Satu Kesalahan – Tuan Ibrahim

Bekas Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata bahawa rundingan terus kepada projek tebatan banjir yang perlu disegerakan, bukanlah satu kesalahan perolehan.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan di Facebook, beliau juga yakin bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga selaku Menteri Kewangan tahu mengenai perkara tersebut.

“Selain Kementerian Air dan Alam Sekitar (KASA), semua proses kawal selia prosedur kewangan mestilah diteliti secara ketat mengikut tatacara, prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

“Sebagai Perdana Menteri, beliau tidak sepatutnya menganggap semua projek melalui tender rundingan terus sebagai tidak teratur dan wujud pihak yang mencari kesempatan,” katanya.

Tambahnya lagi, Anwar juga tahu banyak projek kecemasan perlu disegerakan bagi mengurangkan bencana lebih besar dan kerugian yang lebih banyak.

“Ia mestilah terpaksa dilakukan melalui kaedah runding terus atau tender terpilih khususnya yang melibatkan bencana seperti banjir, empangan pecah, tanah runtuh dan lain-lain.

“Namun sekali lagi saya tegaskan ia mesti mematuhi prosedur kewangan yang ditetapkan,” ujarnya.

Terdahulu, Anwar membuat pendedahan mengenai kelulusan mutakhir RM7 bilion projek tebatan banjir yang dibuat secara tidak teratur.

Sumber: Tuan Ibrahim Tuan Man

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.