Siakap Keli
Gambar: AFP

Tanah Runtuh Tepi Jalan Timbus Bas Sarat Penumpang & Kenderaan, 34 Dilapor Maut Setakat Ini

Satu kejadian runtuh berlaku di lebuhraya Pereira-Quibdo di Colombia susulan hujan lebat dan menimbus sebuah bas sarat penumpang dan beberapa kenderaan pada Ahad.

Bas berkenaan yang membawa 25 orang penumpang dilaporkan dalam perjalanan dari Cali dan sudahpun berjalan sejauh 270km sebelum tiba di lokasi kejadian.

Memetik laporan AFP, pasukan penyelamat mengesahkan sekurang-kurangnya 34 orang dilapor maut setakat ini. Pasukan penyelamat turut memaklumkan lapan-lapan kanak-kanak antara mangsa yang maut dan sembilan lagi ditemui dengan kecederaan.

Sebuah portal media melaporkan seorang kanak-kanak ditemui selamat di bawah pelukan ibunya yang terkorban dalam kejadian tersebut.

Seorang saksi yang terselamat memberitahu pemandu bas berjaya mengelak daripada runtuhan pertama namun gagal berbuat demikian pada runtuhan seterusnya.

Fenomena hujan lebat yang melanda negara itu sejah Ogos dikatakan yang terburuk dalam tempoh 40 tahun, menyebabkan lebih 270 maut akibat kemalangan ketika hujan setakat ini.

Hujan lebat juga dilapor menyebabkan kawasan pertanian terjejas, merosakan tanaman hingga menyebabkan bekalan terhad dan harga meningkat.

BACA: Kesatuan Eropah Haramkan Import Produk ‘Penyebab’ Penebangan Hutan Termasuk Minyak Sawit & Getah

Sumber: AFP

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.